Monday, August 8, 2011

PREBIU BUKU 9 OGOS 2011


JUDUL: NIKMATNYA BERPUASA
PENULIS: Imam Izuddin Bin Abd Aziz Bin Abd Salam As Sulaimi
PENERBIT: Telaga Biru


Salam 1 Malaysia dan Salam Ramadan untuk semua. Alhamdulillah 9 Ramadan harini terus dilewati dengan mencari keberkatan dan pahala berganda dalam bulan yang cukup dinantikan seluruh umat Islam ini.

Cukup baik kiranya masa yang ada terus diisi dengan amalan membaca. Menerusi ruangan Prebiu Buku hari ini, tiga buah buku lagi diketengahkan bagi edisi khas Ramadan.

Buku pertama yang cukup istimewa, NIKMATNYA BERPUASA yang ditulis oleh Imam Izuddin Bin Abd. Aziz Bin Abd Salam As Sulaimi dan diterjemahkan oleh Nik Abdul Rahim Abd. Ghani terbitan Telaga Biru. Tampil dengan saiz kompak, mudah dibawa ke mana-mana, buku ini mengetengahkan 10 bab merangkumi perbincangan yang mudah difahami, iaitu mengenai fadilat, kewajipan berpuasa, iktikat, puasa sunat, hari-hari yang dilarang berpuasa dan banyak lagi. Ketahui selebihnya menerusi buku NIKMAT BERPUASA, tulisan Imam Izuddin Bin Abd Aziz Bin Abd Salam As Sulaimi, terbitan Telaga Biru.



JUDUL: 101 INFO SERONOKNYA BERPUASA
PENULIS: Dewi Cendika
PENERBIT: PTS One

Buku kedua khusus untuk adik-adik juga ibu bapa yang ingin mendidik anak-anak berpuasa. 101 Info Seronoknya Berpuasa yang ditulis oleh Dewi Cendana terbitan PTS One ini pasti mengujakan si kecil.

Buku berwarna-warni ini mengandungi 101 soal jawab asas berkenaan puasa untuk kanak-kanak. Ia juga dapat menambah pengetahuan kanak-kanak tentang puasa. 101 Info: Seronoknya Berpuasa mengajak kanak-kanak menambah ilmu berkenaan ibadah puasa secara santai dan menyeronokkan menerusi illustrasi yang menarik.

Semuanya menerusi buku 101 INFO SERONOKNYA BERPUASA tulisan Dewi Cendika dan Illustrasi oleh Kharisma terbitan PTS One.



JUDUL: ZAKAT - Terapi Kekayaan
PENULIS: Hamizul Abdul Hamid
PENERBIT: Karya Bestari -Grup Buku Karangkraf

Terus mencari keberkatan disebalik kemuliaan Ramadan menerusi buku ketiga, ZAKAT - TERAPI KEKAYAAN oleh Hamizul Abdul Hamid terbitan Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf. Jadikanlah hati sentiasa berebut-rebut mahu bersedekah, berzakat dan berinfaq. Cetuskan rasa cemburu andai terlihat orang lain banyak beribadat dan di tangan sering tersedia menyampaikan hajat. Bisikkan pada minda bahawa kita patut lebih banyak menghulur sebagai refleksi tanda bersyukur. Gandakanlah nilai kewangan dengan keberkatan kerana natijahnya ada jaminan besar di sisi TUHAN.

Buku ini boleh manjadi panduannya menerusi 19 persoalan pokok yang diketengahkan . Antara yang menarik untuk diketahui, benarkah kanak-kanak pun kena zakat? Mengetahui mengenai zakat isteri yang bekerja, qada' zakat dan banyak lagi. Tambah ilmu menerusi buku ZAKAT-TERAPI KEKAYAAN oleh Hamizul Abdul Hamid terbitan Karya Bestari - Grup Buku Karangkraf.

Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi ketiga-tiga buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus"

- Disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 9 Ogos 2011 jam 12.30tgh.

No comments:

Post a Comment