Monday, October 10, 2011

ZON ULAT BUKU 11 OKT 2011

JUDUL: AKU YANG MENANTI
PENULIS: Haiza Najwa
PENERBIT: Alaf21 - Grup Buku Karangkraf


Salam 1 Malaysia. Zon Ulat Buku kembali lagi minggu ini dengan dua buah buku baharu, khusus untuk kaki buku. Buku pertama, sebuah novel karya Haiza Najwa, AKU YANG MENANTI terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.

Mengisahkan Zaidura yang menyimpan dendam kesumat terhadap suaminya sendiri, Adiwira. Tega menjerat isteri sendiri keldai dadah hingga disumbat dipenjara negara asing. Tiada khabar berita, suaminya hilang entah ke mana. Zaidura yang menukar penampilan sebagai Zeidra tekad membalas dendam. Demi membalas dendam pada suami, Zaidura sanggup mengubah imej agar misi kesumatnya terhadap Adiwira berjaya dilunaskan.

Lain pula kisahnya bila diketahui Adiwira menderita sekian lama menantikan isterinya. Lara jiwanya merindukan Zaidura setiap masa. Apakah yang berlaku sebenarnya. Adakah Adiwira dalang sebenarnya atau kedua-duanya menjadi mangsa? Ikuti kesudahannya menerusi novel AKU YANG MENANTI oleh Haiza Najwa terbitan Alaf 21- Grup Buku Karangkraf.


JUDUL: BIJAK TAJWID
PENERBIT: Inteam Publishing



Buku kedua, BIJAK TAJWID terbitan Inteam Publishing. Tampil dengan warna-warni, buku ini sangat sesuai menjadi bahan bacaan kanak-kanak, mahupun golongan dewasa sebagai panduan dan rujukan bagi mereka yang baru bertatih belajar al-Quran dan ilmu tajwid. Tambah menarik, buku ini turut didatangkan bersama dvd Bijak Tajwid bersama Ustaz Zamri dan illustrasi yang pasti mengujakan.

30 topik penting mengenali hukum-hukum tajwid antaranya pembahagian Idgham, Mad Farqi, cara bacaan istimewa dan banyak lagi.

Pelajari hukumnya, ketahui sebutannya, telusuri keindahannya menerusi buku BIJAK TAJWID terbitan Inteam Publishing ini.


Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus"

- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 11 Oktober 2011 jam 12.30tgh.

No comments:

Post a Comment