Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Grup Buku Karangkraf
Terima kasih untuk anda yang setia bersama Prebiu Buku KLfm. Khusus bagi anda yang meminati novel thriller, buah tangan terbaharu Ramlee Awang Murshid terbitan Grup Buku Karangkraf pasti tersenarai antara buku pilihan anda.
Sutera Bidadari merupakan lanjutan kisah Cinta Sufi dan merupakan novel kelima kesinambungan kisah Laksamana Sunan atau Saifuddin Jalis. Apakah dendam kesumat Raja Roman terus melingkari semangat Taghut untuk menghapuskan Laksamana Sunan? Siapakah Sang Dewi, dan apakah kesudahan cinta tiga segi Maryam, Luna dan Saifudin. Berjayakah keris Nanggroe ditemui? Ikuti kesudahannya menerusi Sutera Bidadari oleh Ramlee Awang Murshid terbitan Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku : MISTERI FIRAUN
Penulis : Afareez Abd Razak Al-Hafiz
Penerbit : PTS Millenia

Buku kedua, MISTERI FIRAUN oleh Afareez Abd Razak Al-Hafiz terbitan PTS Millenia. Buku yang tampil dengan illustrasi menarik ini terus cuba mencungkil rahsia disebalik kewujudan firaun yang terus menjadi sebutan. Siapakah firaun dan bagaimana perkembangan tamadun mereka? Firaun manakah terlibat dengan kisah Nabi Musa? Firaun manakah pula yang membina piramid dan adakah semua firaun dalam tempoh 3000 tahun itu sejahat disangkakan? Selongkar misteri yang tersembunyi di sebalik lipatan sejarah tamadun Mesir Purba menerusi buku berkulit tebal tulisan Afareez Abd Razak Al Hafiz terbitan PTS Millenia ini.
Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama untuk anda memenangi kesemua buku yang diketengahkan pada hari ini, dan berikan kata laluannya ...............
Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama untuk anda memenangi kesemua buku yang diketengahkan pada hari ini, dan berikan kata laluannya ...............
"Amalkan budaya membaca, Sehari sebuah buku. Lebih.. lagi bagus!"
Prebiu Buku diterbitkan oleh Julia
*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Selasa 24 Mei 2011 jam 12.30 tengah hari
No comments:
Post a Comment