Monday, May 9, 2011

Prebiu Buku 10 Mei 2011



Tajuk Buku : PUTERI QAIRINA & KRISTAL AJAIB
Penulis : ANNA RAIHANA
Penerbit : PTS ONE




Salam 1 Malaysia. Terima kasih kerana terus setia menantikan Prebiu Buku @ KLfm. Untuk minggu ini, dua buah buku baharu diketengahkan lagi minggu ini. Buku pertama khusus untuk si kecil. PUTERI QAIRINA & KRISTAL AJAIB oleh Anna Raihan terbitan PTS One. Mengisahkan seorang puteri baik hati bernama Qairina. Dia mempunyai seorang kawan yang comel iaitu seekor arnab putih bernama Roid. Di Istana Celesta, Puteri Qairina tidak seperti puteri-puteri yang lain. Dia dilayanseperti hambaoleh seorang wanita yang tidak berperikemanusiaan iaitu Randik yang mahu merampas takhta kerajaan Hedona sekaligus memisahkan Raja dan Permaisuri daripada Puteri Qairina. Berjayakah Puteri Qairina menyelamatkan ayahanda dan bondanya? Ikuti kesudahannya menerusi buku Puteri Qirina dan Kristal Ajaib oleh Anna Raihana terbitan PTS One. Tampil dengan warna memikat dan illustrasi yang menarik, buku ini seharusnya menjadi pilihan si kecil untuk memupuk minat membaca.



Tajuk Buku : RESIPI SIHAT DAN MUDAH MAKAN TENGAH HARI DAN MALAM
Penulis : Chef Hussin Khan
Penerbit : PTS Millenia





Buku kedua, khusus bagi mereka yang gemar memasak dan mencuba menu baharu, RESIPI SIHAT DAN MUDAH – MAKAN TENGAH HARI DAN MAKAN MALAM oleh Chef Hussin Khan terbitan PTS Millenia pasti menjadi pilihan. Menampilkan 45 koleksi resipi unik dan berkhasiat, buku ini memberi panduan penyediaan makanan dalam masa 30 minit sahaja! Mudah, ringkas dan sedap! Antara menu menarik termasuklah Ikan Kerutup, Lala Masak Asam Thai, Sayur Buncis Masak Lemak dan Udang Tika Istana Silam. Pelajari selebihnya menerusi buku RESIPI SIHAT DAN MUDAH – MAKAN TENGAH HARI DAN MAKAN MALAM oleh Chef Hussin Khan terbitan PTS Millenia ini.

Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua untuk anda memenangi kesemua buku yang diketengahkan pada hari ini, dan berikan kata laluannya ...............

"Amalkan budaya membaca, Sehari sebuah buku. Lebih.. lagi bagus!"

Prebiu Buku diterbitkan oleh Julia

*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Selasa 10 Mei 2011 jam 12.30 tengah hari

No comments:

Post a Comment