Monday, April 25, 2011

Prebiu Buku 26 April 2011

Tajuk Buku : BLUES AMNI - OH KERJA!
Penulis : Rose Harissa
Penerbit : PTS Litera






Salam 1 Malaysia. Demam buku masih lagi melanda rakyat Malaysia dengan penganjuran Pesta Buku Antarabangsa KL 2011 yang kini masuk hari kelima. Dua buah buku akan diketengahkan lagi minggu ini. Buku pertama siri Blues Amni -Oh Kerja!




Mengisahkan pereka muda, Amni yang berada dalam dilema. Rutin kerjaya sebagai pereka besi, dengan gaji yang tidak seberapa ditambah pula dengan lambakan kerja yang tidak sepatutnya. Dialah operator telefon, pemenuduga calon baharu, pemegang 'petty-cash' sehinggakan ke urusan akaun syarikat terpaksa diuruskannya.




Kesengsaraannya bertambah dengan karenah Mr. Phua- Bos yang sering marah melulu dan karenah pelanggan karenah pelanggan yang terdiri dari golongan orang kaya yang cerewet menambah lagi angan-angan Amni untuk berhenti kerja. Mampukah Amni menghadapi semua perkara yang sering membuatkannya sebal? Bagi anda yang inginkan bahan bacaan santai dan menghiburkan, inilah pilihan yang sepatutnya. Gaya penceritaan yang mudah dan menarik. Ikuti kesudahan kisah Amni menerusi Blues Amni - Oh Kerja!









Tajuk Buku : BENDERA ATAS BUKIT
Penulis : Dato' A. Samad Said
Penerbit : PTS Fortuna


Buku kedua minggu ini merupakan buah tangan terbaharu Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said bertajuk Bendera Atas Bukit. Mengisahkan persahabatan empat sekawan, Yahaya, Abu, Rukiah dan Majid yang merancang destinasi percutian dan aktiviti sepanjang tiga minggu cuti persekolahan. Antara mempelajari cara hidup masyarakat laut di Tanjung Karang, ke pondok buruk atau misi perahu Pak Yaakub? Apakah pengisian cuti sekolah mereka nanti?


Siri apresiasi remaja ini juga turut mengetengahkan semangat setia kawan yang menebal dan harus diterapkan dalam diri anak muda. Ketahui kesudahannya menerusi Bendera Atas Bukit karya Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said terbitan PTS Fortuna.


Jadi pemanggil pertama dan kedua talian 03-2282 5445 untuk anda memenangi buku-buku tersebut dengan kata laluan ...............


Amalkan Budaya Membaca. Sehari Sebuah Buku. Lebih.. Lagi Bagus!




*Dapatkan kata laluan dalam Prebiu Buku edisi 26 April 2011, 12.30 tengah hari di KLfm 97.2.



No comments:

Post a Comment