Monday, April 11, 2011

Prebiu Buku 12 April 2011

Tajuk Buku : HIDANGAN SI CILIK



Penulis : MamaFiza

Penerbit : PTS Millenia


Salam 1 Malaysia. Terima kasih untuk anda yang setia menantikan Prebiu Buku saban minggu. 9 hari sahaja lagi untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 yang akan diadakan di PWTC, Kuala Lumpur.


Buku pertama hari ini, khusus untuk para ibu bapa yang kreatif dan suka mencuba resipi baharu untuk kanak-kanak. HIDANGAN SI CILIK oleh MamaFiza terbitan PTS Millenia ini, tampil dengan pelbagai menu istimewa khususnya untuk si kecil berusia 2 hingga 6 tahun, termasuklah menu sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam, menu pencuci mulut dan snek.


Antara menu menarik, Gala Granola, Kentang Keju Kenari, Nasi Mentega Mimosa, Sos Kiwi Ratu dan Udang Manis Mentega Bawang Putih. Bukan sahaja mudah disediakan malahan berwarna warni dan pasti menjadi pilihan si kecil. Buku ini turut menyelitkan beberapa panduan mudah, fakta ceria untuk adik tersayang, trivia isimewa untuk ibu bapa, malahan imej bergambar langkah demi langkah penyediaan yang pasti turut menarik minat si kecil menyediakannya bersama-sama dengan ibu bapa, sebagai inspirasi melahirkan chef muda.


Eratkan kasih sayang dengan si kecil menerusi bukuHIDANGAN SI KECIL oleh MamaFiza terbita PTS Millenia.


Tajuk Buku : MEKAH KOTA SUCI

Penulis : Zuhari Misrawi

Penerbit : PTS Millenia


Buku kedua ini pula khusus untuk anda yang dambakan ilmu. MEKAH KOTA SUCI oleh Zuhari Misrawi terbitan PTS Millenia. Menceritakan dengan Lengkap perihal kota suci Mekah sebelum kemunculan Islam, semasa zaman nabi sehingga bertukar moden kini. Ketahui kisah air zam zam, Kaabah, pesona Hajarul Aswad dan kisah kegemilangan kota suci umat Islam. Semuanya dalam buku yang cukup istimewa MEKAH KOTA SUCI oleh Zuhari Misrawi terbitan PTS Millenia.


Telefon 03-2282 5445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua untuk anda menangi kesemua buku ini. Selasa, 12.30 tengah hari dan berikan kata laluannya...


"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU. LEBIH.. LAGI BAGUS"



Jangan lupa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 yang akan berlangsung pada 22 April - 1 Mei 2011 di PWTC. Dengarkan KLfm Selasa depan jam 9.00 pagi dan saksikan secara langsung KL Aktif di TVi saluran Astro 180 untuk maklumat lanjut dan bersama remaja bijak, AdiPutra.


Prebiu Buku KLfm disediakan oleh Julia.

** Dengar Klfm dan dapatkan kata laluan pada hari Selasa, 12 April 2011 jam 12.30 tengah hari.


No comments:

Post a Comment