Penulis : Ney Joehan
Penerbit : PTS Profesional
Salam 1 Malaysia. Dua buah buku baharu diperkenalkan menerusi ruangan Prebiu Buku ini. Buku pertama, sebuha novel remaja Renda Labuci Biru karya Ney Joehan terbitan PTS Profesional.
Mengisahkan persahabatan Mona, Meya, Aishah dan kenakalan Sara dan Melissa. Mona yang pelajar baru yang bertukar ke Sekolah Antarabangsa Tengku Johan. Saiz badannya yang besar menjadikan dirinya bahan ejekan Sara, sekaligus menjadikannya seorang pemalu dan kurang berkeyakinan.
Selepas pertemuan singkatnya dengan Engku Ikhwan, dia nekad menguruskan badan. Mona berkenalan pula dengan Meeya yang juga jirannya di rumah. Manakala minat mendalam Aishah dalam bidang fesyen melahirkan perniagaan online, Blogshop yang dinamakan The Golden Wardrobe.
Adakah usaha Melissa dan Sara untuk merosakkan reputasi Meeya dan Aishah berhasil?Apakah kesudahan bisnes baju terpakai Aishah, Meeya dan terbaru Mona? Ikuti kesudahannya menerusi novel Renda Labuci Biru karya Ney Joehan terbitan PTS Profesional.
Penulis : Norlela Ibrahim
Penerbit : Karya Bestari - Grup Buku Karangkraf
Himpunan doa yang boleh diamalkan bagi menyemai kerukunan dan kebahagiaan. Antara yang menarik, doa menghadapi pasangan yang panas baran, doa pelembut hati untuk suami, isteri atau anak-anak yang degil, doa mohon diteguhkan iman dan kesetiaan dan banyak lagi.
Tidak ketinggalan pelbagai tips menarik antaranya tips masakan pengikat kasih, tip memahami keluarga mentua, tip manja-manja kucing dan banyak lagi.
Pelajari dan ketahui selebihnya menerusi buku yang penuh informasi, Doa & Tip Keluarga Bahagia oleh Norlela Ibrahim terbitan Karya Bestari - Grup Buku Karangkraf.
"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus"
- Diterbitkan oleh Julia
No comments:
Post a Comment