Monday, March 7, 2011

Prebiu Buku 8 Mac 2011


Tajuk Buku : HANYA KAU KUSAYANGI
Penulis :
CAHAYA IZZATI

Terbitan : Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd

Salam 1Malaysia diucapkan kepada semua. Prebiu buku minggu ini menampilkan buku HANYA KAU KUSAYANGI oleh Cahaya Izzati terbitan Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd. Mengisahkan mengenai Anis Madiha yang merupakan seorang pereka laman yang baru berusia 24 tahun serta telah mempunyai seorang anak lelaki bernama Aiman yang berusia 6 tahun. Selama dia membesarkan Aiman, dia tak pernah mempedulikan kebahagiaan dirinya. Segala-gala yang dilakukan adalah untuk kepentingan Aiman. Namun begitu, anak yang kian membesar itu memerlukan bimbingan dan kasih sayang seorang lelaki yang boleh dipanggil ayah. Kehadiran Tengku Aidil Ezzary memberi sinar harapan kepada anak kecil itu. Dianggapnya lelaki itu sebagai ayah walaupun Anis Madiha tak mampu menerima kehadiran lelaki itu. Dapatkah Anis Madiha menerima kehadiran Tengku Aidil Ezzary? Apakah dugaan yang terpaksa ditempuh Anis Madiha selepas itu? Ikuti kesudahannya melalui buku HANYA KAU KUSAYANGI oleh Cahaya Izzati terbitan Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.


Tajuk Buku : JUTAWAN 3R
Penulis :
A.RAZAK ADAM

Terbitan : PTS Professional Publishing Sdn Bhd


Buku kedua, sebuah novel remaja bertajuk JUTAWAN 3R oleh A.Razak Adam terbitan PTS Professional Publishing Sdn Bhd, mengisahkan mengenai dua orang sahabat baik, Anandan dan Riduan yang membina perniagaan mereka melalui jualan barangan terpakai seperti kertas, tin aluminium dan besi buruk. Semuanya bermula apabila mereka didenda oleh Cikgu Hanifah, yang merupakan guru disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Kasturi. Sejak dari hari itu, mereka berkenalan dengan usahawan barangan terpakai, Encik Mansor. Adakah usaha merka berdua untuk menjadi usahawan berjaya? Apakah halangan dan kejayaan yang terpaksa mereka tempuhi? Novel remaja ini bakal menjadi inspirasi buat semua untuk terus mencintai bumi hijau dan bijak menjadikan ruang yang ada sebagai peluang besar untuk diraih dalam bidang perniagaan. Ikuti kesudahannya melalui buku JUTAWAN 3R oleh A.Razak Adam terbitan PTS Professional Publishing Sdn Bhd.


Telefon 03-2282 5445. Jadi pemanggil pertama dan kedua selepas Prebiu Buku KLfm untuk anda memenangi kesemua lima buah buku ini, Selasa jam 12.30 tengah hari dan berikan kata laluannya...

"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"

Prebiu Buku KLfm disediakan oleh Am (Pelatih UiTM) dan diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia

*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Selasa 8 Mac 2011 jam 12.30 tengah hari


No comments:

Post a Comment