Monday, February 28, 2011

Prebiu Buku 1 Mac 2011


Tajuk Buku : TERUCAP SYAHADAH

Penulis : LYDIA NAZURA
Terbitan :
Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd

Salam 1 Malaysia, kembali lagi bersua dalam Prebiu buku pada minggu ini. Buku pertama bertajuk TERUCAP SYAHADAH oleh LYDIA NAZURA terbitan Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.

Mengisahkan Ain dan Alvin yang ditakdirkan untuk menjalinkan persahabatan bersama. Walaubagaimanapun persahabatan yang terjalin membawa Ain ke dunia kongsi gelap Alvin yang sentiasa mengancam keselamatan dirinya. Hal ini tidak membuatkan Ain untuk menjauhi Alvin malah lelaki itu selalu disisinya tatkala dia memerlukan pertolongan. Hari demi hari, jalinan persahabatan mereka berdua bertukar kepada rasa cinta dan sayang. Namun perbezaan agama adalah sesuatu yang menghalang cinta mereka. Adakah Ain dapat menerima Alvin yang berlainan agama? Adakah Ain yakin terhadap janji Alvin untuk memeluk agama Islam? Adakah cinta mereka akan bersatu? Ikuti kesudahannya dalam novel TERUCAP SYAHADAH oleh Lydia Nazura terbitan Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.



Tajuk Buku : DIARI HAMIL

Penulis : KHAIRUN NISA’ ZAKARIA, MUHD MUWARDI ZAKARIA &
KHULWANA HANAPI

Terbitan :
Telaga Biru Sdn Bhd

Bagi anda yang sedang menantikan kehadiran insan baharu dalam keluarga, buku kedua minggu ini pasti menjadi pilihan anda. Bertajuk DIARI HAMIL oleh Khairun nisa’ Zakaria, Muhd Muwardi Zakaria dan Khulwana Hanapi terbitan Telaga Biru Sdn Bhd., buku dengan saiz kompak ini bakal memberikan banyak panduan, khususnya buat bakal-bakal ibu yang pertama kali bakal menimang cahayamata. Antaranya termasuklah pendedahan terhadap perkembangan bayi serta panduan lengkap ibu sepanjang tempoh kehamilan.

Terdapat juga panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan persediaan fizikal dan mental selepas proses bersalin. Dalam pada itu, ianya juga mendedahkan panduan dan amalan yang sewajarnya sebagai seorang Muslim disamping terdapat juga ‘Checklist’ iaitu catatan ibu, memo ibu dan ruang–ruang meletakkan gambar ultrasound bayi. Jadi kepada kaum ibu dan kaum bapa yang bakal menimang cahaya mata, ketahui segala informasi dan panduan berguna ini melalui buku DIARI HAMIL oleh Khairun nisa’ Zakaria, Muhd Muwardi Zakaria dan Khulwana Hanapi terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.


Telefon 03-2282 5445. Jadi pemanggil pertama dan kedua selepas Prebiu Buku KLfm untuk anda memenangi kesemua lima buah buku ini, Selasa jam 12.30 tengah hari dan berikan kata laluannya...

"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"

Prebiu Buku KLfm disediakan oleh Am (Pelatih UiTM) dan diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia

*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Selasa 1 Mac 2011 jam 12.30 tengah hari

No comments:

Post a Comment