Monday, February 14, 2011

Edisi Khas Maulidur Rasul Prebiu Buku 15 Februari 2011


Tajuk Buku : SEJARAH KHALIFAH RASULULLAH
Penulis :
PROF. DR. AMIN QUDAH
Terbitan : PTS Publications & Distributor

Salam Maulidurrasul. 1 Malaysia 1 Ummah. Demi menghayati indahnya keperibadian unggul junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, Edisi khas Prebiu Buku ke udara hari ini dengan LIMA buah buku, kesemuanya berkenaan baginda, rasul terakhir utusan Allah.

Buku pertama untuk prebiu kali ini menampilkan buku mengenai SEJARAH KHALIFAH RASULULLAH oleh Prof. Dr. Amin Qudah terbitan PTS Publications. Buku ini mengisahkan mengenai sifat peribadi mulia dan kepimpinan yang tinggi dalam diri baginda Rasulullah s.a.w. Di samping itu, turut menceritakan bagaimana pergolakan yang berlaku dalam masyarakat Islam serta menimbulkan kekeliruan dan fitnah dalam pemilihan pemimpin. Apakah sorotan dan kronologi peristiwa-peristiwa penting yang terjadi selepas rasulullah s.a.w meninggal dunia? Siapa pula yang digelar “Khalifah Rasyidin”?Ketahuinya di dalam buku SEJARAH KHALIFAH RASULULLAH oleh Prof. Dr. Amin Qudah terbitan PTS Publications .


Tajuk Buku : 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH
Penulis : DR. MOHAMMAD ALI TOHA
Terbitan : PTS Publications

Buku kedua bertajuk 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH oleh Dr. Mohammad Ali Toha terbitan PTS Publications. Buku inimengetengahkan 365 panduan gaya sihat berdasarkan konsep kesihatan islami dan amali yang sudah diajarkan kapada kita sejak 1400 tahun yang lampau. Dalam pada itu, panduan ini juga diperincikan dalam 365 tip harian yang dapat dipraktikkan dalam tempoh setahun. Kalau anda nak tahu bagaimana untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang kehidupan, ketahui rahsianya dalam buku 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH oleh Dr. Mohammad Ali Toha terbitan PTS Publications.


Tajuk Buku : MEJA RUNDING (Dari Konflik Ke Solusi Strategik)
Penulis :
Imran Yusuf
Terbitan : PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Buku ketiga bertajuk MEJA RUNDING (Dari Konflik Ke Solusi Strategik) oleh Imran Yusuf terbitan PTS Professional. Mengisahkan mengenai Muhammad bin Abdullah yang dilantik oleh Allah sebagai pemimpin masyarakat Islam pada zaman lampau. Antara kisah yang menyerlahkan bakat beliau sebagai juru runding terbaik di dunia adalah peristiwa batu hitam, tawaran pemimpin Quraisy, piagam madinah dan beberapa peristiwa lagi. Kesemua peristiwa penting ini terkadung dalam buku Meja Runding ini. Hendak tahu dengan lebih dekat lagi bagaimana mengenal sama ada tawaran ataupun umpan dalam rundingan? Persediaan menghadapi gangguan rundingan seperti emosi, tipu daya dan ugutan? Pelajariahsianya menerusi buku MEJA RUNDING (Dari Konflik Ke Solusi Strategik) oleh Imran Yusuf terbitan PTS Professional.

Tajuk Buku : RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL

Penulis : Prof Madya Hj Md Izuddin Hj Ali (Izzi)
Terbitan : Telaga Biru Sdn Bhd

Buku keempat pada minggu ini bertajuk RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL oleh Prof Madya Hj Md Izudin Hj Ali terbitan Telaga Biru. Buku ini menghimpunkan kata-kata motivasi yang dipetik daripada ayat-ayat al-Quran, hadis, kata hukama, bijak pandai, negarawan, ahli motivasi, pendidik dan sebagainya. Di samping itu kata-kata dalam buku ini diulas supaya maksudnya jelas dan dapat diperinci pengajarannya untuk dipraktikkan oleh pembaca. Buku ini juga amat bermanfaat untuk dijadikan buku tazkirah atau dibaca selepas solat jemaah bersama keluarga di rumah mahupun jemaah bersama di surau dan masjid. Hendak tahu dengan lebih dekat lagi manfaat dan pengajaran dalam buku ini, Ikuti kandungannya dalam RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL oleh Prof Madya Hj Md Izudin Hj Ali (Izzi) terbitan Telaga Biru .

Tajuk Buku : DIDIK ANAK GAYA RASULULLAH
Penulis :
PROF. DR. HUZAEMAH

Terbitan : PTS Millennia Sdn Bhd

Buku terakhir pada minggu ini bertajuk DIDIK ANAK GAYA RASULULLAH oleh Prof. Dr. Huzaemah terbitan PTS Millennia Sdn Bhd. Buku ini membahaskan secara terperinci hokum-hakam, hak-hak serta kewajipan-kewajipan yang dimiliki anak kecil yang disokong oleh nas daripada al-Quran dan hadis. Di samping itu, buku ini turut membahaskan hukum dan hak yang ditetapkan kepada anak mengikut peringkat umur. Selain itu, segala perkara berhubung hukum berkhatan dan hikmah disyariatkan semasa berkhatan turut dibicarakan dalam buku ini. Hendak tahu dengan lebih dekat lagi bagaimana cara mendidik anak dengan baik mengikut gaya rasulullah s.a.w, Ikuti dengan lebih jelas dan terperinci lagi dalam buku DIDIK ANAK GAYA RASULULLAH oleh Prof. Dr. Huzaemah terbitan PTS Millennia Sdn Bhd.

Telefon 03-2282 5445. Jadi pemanggil pertama dan kedua selepas Prebiu Buku KLfm untuk anda memenangi kesemua lima buah buku ini, Selasa jam 12.30 tengah hari dan berikan kata laluannya...


"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"

Prebiu Buku KLfm disediakan oleh Am (Pelatih UiTM) dan diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia

*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Selasa 15 fEBRUARI 2011 jam 12.30 tengah hari

No comments:

Post a Comment