Tajuk Buku : BURGERDEL
Penulis : FAIZAL DZASRIK
Terbitan : PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Salam 1 Malaysia, kembali lagi bersua dalam Prebiu buku pada minggu ini. Buku pertama b
ertajuk BURGERDEL oleh Faizal Dzasrik terbitan TS Professional Publishing Sdn Bhd. Mengisahkan mengenai keluarga Encik Fadhil bersama isterinya Seha serta kedua-dua anak lelakinya iaiatu Farid dan Farhan yang sudah sekian lamanya menjadi penjaja warung burger terkenal di taman perumahan mereka di Taman Taming Jaya, Balakong. Namun begitu, populariti warung mereka terjejas teruk selepas sebuah lagi warung burger baru yang lebih menarik dibuka berhampiran mereka. Keluarga Encik Hisham yang terdiri daripada isterinya Jun, dan dua anak perempuannya iaitu Nani dan Lisa telah menggugat
perniagaan burgerdel Encik Fadil sekeluarga. Lebih-lebih lagi keayuan dan kemanisan Lisa dan Nani telah menambat hati ramai pekerja-pekerja kilang terutamanya untuk membeli banyak burger di warung mereka. Hal ini membuatkan keluarga Encik Fadhil rasa tercabar untuk bersaing terutama kedua-dua anak lelakinya. Pelbagai strategi dilaksanakan bagi mengembalikan kemasyhuran perniagaan keluarga mereka. Adakah strategi mereka berjaya ataupun sebaliknya? Ikuti kesudahannya menerusi novel BURGER DEL oleh Faizal Dzasrik terbitan TS Professional Publishing Sdn Bhd.

Tajuk Buku : KUBAWA HATI INI
Penulis : ELIS MOKHTAR
Terbitan : Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd
Salam 1 Malaysia, kembali lagi bersua dalam Prebiu buku pada minggu ini. Buku kedua bertajuk KUBAWA HATI INI oleh Elis Mokhtar terbitan Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd. Terlebih dahulu novel ini ditulis dalam bentuk monolog. Mengisahkan mengenai konflik kekecewaan seorang wanita bergelar isteri. Isteri yang telah menaruh harapan tinggi untuk sebuah kebahagiaan, iaitu ingin mencintai dan dicintai oleh seorang lelaki yang bernama suami. Walaupun berpelajaran tinggi dan berfikiran moden namun sangat naïf terhadap cinta yang sempurna. Pengorbanan yang dilakukannya demi mengecapi kebahagiaan bersama insan tersayang telah mengatasi segalanya. Namun begitu, kasih sayang yang dicurahkan kepada suami tidak dihargai malah menjadi objek kemarahan suaminya pula. Campur tangan ibu bapa suaminya juga telah memberikan seribu satu keperitan kepadanya untuk lari meninggalkan segalanya. Akhirnya dia bernekad untuk mengakhiri zaman perkahwinan yang sungguh menyakitkan ini dan memulakan hidup baru. Secara tiba-tiba suaminya berubah menjadi baik dan seakan-akan menyedari kesalahan yang telah dilakukan. Adakah si suami benar-benar berubah atau sebaliknya? dan apakah yang membuatkan penulis membawa hatinya yang lara itu? Ikuti kesudahannya menerusi novel KUBAWA HATI INI oleh Elis Mokhtar terbitan Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.
Untuk memenangi buku-buku ini:
Prebiu Buku KLfm disediakan oleh Am dan diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia
*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Selasa 25 Januari 2011 jam 12.30 tengah hari
No comments:
Post a Comment