Sunday, December 5, 2010

Prebiu Buku 6 Disember 2010

Tajuk Buku : CUBA BUAT SENDIRI
Penulis : Alia Nina
Terbitan : PTS Profesional


Salam 1 Malaysia. Kembali dalam Prebiu Buku KLfm edisi khas cuti sekolah dengan tiga buah buku baharu lagi. Pastinya untuk adik-adik kita. Tiga lagi siri buku besar untuk anda!

Buku pertama, CUBA BUAT SENDIRI oleh Alia Nina terbitan PTS Profesional. masih mengetengahkan kreativiti illustrasi Emila Yusof. Siri Buku Besar ini mengisahkan Amir yang sering meminta bantuan kakaknya untuk menyelesaikan masalah mudah. Kakaknya ingin mengajar Amir berdikari sendiri. Mampukah Amir berubah? Menggunakan tulisan yang besar dan mudah dibaca beserta illustrasi yang menarik, buku CUBA BUAT SENDIRI ini pasti menjadi pilihan kanak-kanak dan ibu bapa yang ingin menerapkan sikap kendiri terhadap diri anak-anak.

Tajuk Buku : KE MANA PERGINYA?
Penulis : Alia Nina
Terbitan : PTS Profesional


KE MANA PERGINYA? Itulah siri buku besar kedua hari ini, oleh Alia Nina. Mengisahkan Alia, serangga dan haiwan yang ditemuinya di taman. Ikuti perjalanan Alia yang menyeronokkan dalam KE MANA PERGINYA? Terbitan PTS Profesional.

Tajuk Buku : APA YANG BERGERAK?
Penulis : Alia Nina
Terbitan : PTS Profesional

Buku ketiga minggu ini, APA YANG BERGERAK? Terokai kisah Adam di taman bersama rakan-rakan sambil belajar benda-benda baharu yang boleh bergerak. Memang menyeronokkan! Buku ini bukan hanya sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah dan pra sekolah malahan seawal usia dua tahun. Selebihnya, ketahui menerusi siri buku besar APA YANG BERGERAK? oleh Alia Nina terbitan PTS Profesional!

Untuk memenangi ketiga-tiga buku ini:


Telefon 03-2282 5445. Jadi pemanggil pertama dan kedua selepas Prebiu Buku @ KLfm Isnin jam 12.30 tengah hari dan berikan kata laluannya...


"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"


Prebiu Buku @ KLfm diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia

*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Isnin, 6 Disember 2010 jam 12.30 tengah hari.

No comments:

Post a Comment