Monday, December 13, 2010

Prebiu Buku 14 Disember 2010

Tajuk Buku : MAIN MASAK-MASAK BERSAMA CHEF KAMARUL
Penulis : Chef Kamarul
Terbitan : Telaga Biru

Salam 1 Malaysia! Bermula hari ini, Prebiu Buku akan ke udara setiap Selasa, jam 12.30 tengah hari. Dua buah buku lagi diketengahkan minggu ini. Buku pertama, MAIN MASAK-MASAK BERSAMA CHEF KAMARUL oleh Chef Kamarul terbitan Telaga Biru. Bukan sahaja pada resipi-resipi hebat untuk dipelajari malah buku ini turut diinspirasikan oleh kanak-kanak, untuk kanak-kanak.

Adik-adik berpeluang mempelajari 25 resipi menarik berdasarkan abjad A hingga Z, antaranya ayam boxing, Epal Pikelet, Cheesy Twist dan banyak lagi. Bukan sahaja mudah, tetapi turut menyelitkan pelbagai info berguna selain memaparkan imej bergambar untuk belajar masak-masak dengan kaedah menyeronokkan!

Pelajarinya menerusi MAIN MASAK-MASAK BERSAMA CHEF KAMARUL terbitan Telaga Biru.


Tajuk Buku : CAHAYA CINTA
Penulis : Aishah Abu Hassan
Terbitan : Buku Prima

Buku kedua minggu ini tak kurang hebatnya. Sebuah novel tulisan Aishah Abu Hassan, CAHAYA CINTA terbitan buku Prima. Perkahwinan yang bukan pilihan hati mengundang penderitaan buat Anis. Namun kehadiran buah cinta yang sedang dikandungkan menguatkan semangat untuk cuba mencintai Nizam meskipun lelaki itu tidak pernah membahagiakannya. Kehadiran Rizman, majikan Anis yang kacak dan sangat mengambil berat mula mencuit pintu hatinya, seorang wanita yang dahagakan kasih ayang seorang insan bernama lelaki. Mampukah Anis menahan perasaannya terhadap Rizman? Dan adakah Nizam mampu berubah untuk mencintainya?

Ketahui selebihnya dalam novel CAHAYA CINTA tulisan Aishah Abu Hassan terbitan Buku Prima.

Untuk memenangi buku-buku ini:


Telefon 03-2282 5445. Jadi pemanggil pertama dan kedua selepas Prebiu Buku @ KLfm Isnin jam 12.30 tengah hari dan berikan kata laluannya...


"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"


Prebiu Buku @ KLfm diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia

*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Selasa 14 Disember 2010 jam 12.30 tengah hari

No comments:

Post a Comment