Sunday, November 28, 2010

Prebiu Buku 29 Nov 2010

Tajuk Buku : JANGAN TAKUT!
Penulis : Alia Nina
Terbitan : PTS Profesional


Salam 1 Malaysia! Kembali lagi dalam Prebiu Buku edisi cuti sekolah? Apa yang menarik? Pastilah buku-buku bacaan untuk adik-adik. Disamping beriadah bersama keluarga, isilah ruang waktu senggang dengan Siri Buku Besar terbitan PTS Profesional oleh Alia Nina. Tiga buah buku siri ini akan diketengahkan hari ini.

Buku pertama, JANGAN TAKUT! Buku ini cukup sesuai untuk ibu bapa mendidik anak-anak agar tidak takut. Melihat saiznya sahaja pasti membuatkan anda teruja. Terbit dengan saiz akhbar tabloid, cukup besar dan menarik apatah lagi dengan illustrasi yang comel oleh Emilia Yusof.

Penceritaan mudah dan interaktif tentang Danial yang takut akan gelap. Danial takut hantu. Baginya, hantu ada di mana-mana sahaja. Kata ibu Danial, 'Mana ada hantu... Yag ada... " Apa agaknya? Buku ini sangat sesuai untuk mencambah pemikiran si kecil menerusi siri Buku Besar - JANGAN TAKUT! ini.

Tajuk Buku : BAJU CANTIK
Penulis : Alia Nina
Terbitan : PTS Profesional

Siri Buku Besar kedua - BAJU CANTIK. Mengisahkan Alia yang mempunyai empat helai baju dan inginkan lebih lagi untuk dipakai, termasuklah sehelai baju magik yang boleh bertukar corak mengikut kemahuannya. Apa yang terjadi apabila bajunya benar-benar bertukar? Ikuti kisah imaginasi Alia dan dalam masa yang sama mengajar sikecil erti bersyukur dengan apa yang ada. Semuanya dalam Siri Buku Besar - BAJU CANTIK oleh Alia Nina terbitan PTS Profesional.

Tajuk Buku : DI MANA IBU SAYA?
Penulis : Alia Nina
Terbitan : PTS Profesional

Buku ketiga, Siri Buku Besar - DI MANA IBU SAYA? Mengisahkan kucing kecil bernama Oren yang tersesat dan mencari ibunya. Sepanjang pencariannya, Oren bertemu dengan banyak jenis haiwan. Dapatkah Oren bertemu ibunya sebelum malam menjelma? DI MANA IBU SAYA oleh Alia Nina masih lagi menggunakan kepakaran illustrasi Emila Yusof yang memberikan suntikan imaginasi yang cukup hebat disamping mengetengahkan elemen kasih sayang dalam penceritaan.

Untuk memenangi ketiga-tiga buku ini:


Telefon 03-2282 5445. Jadi pemanggil pertama dan kedua selepas Prebiu Buku @ KLfm Isnin jam 12.30 tengah hari dan berikan kata laluannya...


"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"


Prebiu Buku @ KLfm diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia

*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Isnin, 29 November 2010 jam 12.30 tengah hari.

No comments:

Post a Comment