Thursday, November 18, 2010

Prebiu Buku 22 Nov 2010

Tajuk Buku : RAHSIA HAJI
Penulis : Muhd Najib Abdul Kadir
Terbitan : Telaga Biru

Prebiu Buku @ KLfm kembali lagi hari ini dengan dua buah buku baharu di pasaran. Buku pertama, tulisan Muhd Najib Abdul Kadir, terbitan Telaga Biru bertajuk RAHSIA HAJI. Buku ini memperincikan pemahaman lengkap tentang ibadah haji, falsafah juga hikmahnya menurut al-quran dan sunnah. Haji sebagai ibadah, bukan adat mahupun trend semata-mata.

Buku ini juga bakal mengetengahkan lima perkara pokok iaitu persiapan diri untuk ke Makkah, Manfaat haji dan umrah, Falsafah dan hikmah haji, hikmah perjalanan haji Rasulullah s.a.w juga Kelebihan haji dengan mengenal hikmah.

Ketahui selebihnya meneruis buku RAHSIA HAJI tulisan Muhd Najib Abdul Kadir terbitan Telaga Biru.


Tajuk Buku : SOAL JAWAB REMEH TEMEH TENTANG HAJI TAPI ANDA MALU BERTANYA
Penulis : Zahazan Mohamed & Mohamad Nidzam Abd. Kadir
Terbitan : Telaga BiruA


Buku kedua juga masih lagi mengenai badah haji. SOAL JAWAB REMEH TEMEH TENTANG HAJI TAPI ANDA MALU BERTANYA oleh Mohamad Nidzam Abdul Kadir dan Zahazan Mohamed terbitan Telaga Biru. Mendengar tajuknya sahaja bakal menimbulkan keterujaan anda untuk mengetahui banyak lagi mengenai haji. Ingin tahu tetapi rasa malu untuk bertanya. Contohnya? Kadang-kadang rasa malas hendak tawaf. Sementara duit banyak, apa kata kalau jemaah mengupah orang untuk tawaf bagi dirinya? Dan.. bolehkah merokok di Makkah? Ketahui banyak lagi kemusykilan yang dianggap remeh temeh bakal terungkai menerusi buku ini. SOAL JAWAB REMEH TEMEH TENTANG HAJI TAPI ANDA MALU BERTANYA oleh Mohamad Nidzam Abdul Kadir dan Zahazan Mohamed terbitan Telaga Biru.

Untuk memenangi kedua-dua buku ini:


Telefon 03-2282 5445. Jadi pemanggil pertama dan kedua selepas Prebiu Buku @ KLfm Isnin jam 12.30 tengah hari dan berikan kata laluannya...


"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"


Prebiu Buku @ KLfm diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia

*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Isnin, 22 November 2010 jam 12.30 tengah hari.

No comments:

Post a Comment