Penulis : Datin Asima Hj Abdul Latiff
Terbitan : Oasis Buku - Grup Buku Karangkraf
Pantun diungkai tetamu sampai,
Pantun berbalas cantik beralas,
Pantun berbalas cantik beralas,
Pantun selingan majlis meminang, Pantun diguna kenduri di dewan, Pantun menjadi senikata lagu, Rindu menyelit berpantun selalu.
Indahnya lenggok bahasa pantun yang tersusun cukup indah. Inilah antara khazanah bangsa yang terus dipelihara menerusi buku HIMPUNAN SYAHDU PANTUN MELAYU, INDAH DALAM KIASAN tulisan Datin Asima Hj Abdul Latiff terbitan Oasis Buku - Grup Buku Karangkraf yang menjengah pencinta pantun melayu. Buku ini mengetengahkan 17 jenis pantun yang indah termasuklah pantun peribahasa, pantun kasih sayang, budi bahasa, kiasan dan banyak lagi yang pastinya menambahkan kecintaan terhadap tingginya bahasa dan bangsa.
Nyaman tiupan siliran bayu, Pulau Selatar dikunjung pagi, Kita masyhurkan pantun Melayu, Klau tak kita siapalah lagi..
Hayati bait keindahannya menerusi buku HIMPUNAN SYAHDU PANTUN MELAYU - INDAH DALAM KIASAN oleh Datin Aima Hj Abdul Latiff terbitan Oasis Buku - Grup Buku Karangkraf.
Tajuk Buku : FIKH KERAHSIAAN WANITA
Penulis : Dr. Saadudin Mus'ad Hilali
Terbitan : Pelima Media Sdn. Bhd.
Hebatnya menjadi wanita. Punya keistimewaan sendiri dan harus sentiasa dihargai. Buku kedua, FIKH KERAHSIAAN WANITA tulisan Dr. Saadudin Mus'ad Hilali dan diterjemahkan oleh Fauwaz Fadzil terbitan Pelima Media Sdn. Bhd ini harus dimiliki setiap insan bergelar wanita. Fahami secara jelas rogga keintiman wanita menurut syariat islam. Setiap persoalan yang tidak mungkin ditanya mengenai kerahsiaan wanita bakal terjawab dalam buku yang serba lengkap ini sebagai panduan kehidupan menjadi muslimah sejati.
Ketahui segalanya menerusi buku FIKH KERAHSIAAN WANITA tulisan Dr. Saadudin Mus'ad Hilali dan diterjemahkan oleh Fauwaz Fadzil terbitan Pelima Media Sdn. Bhd ini.
Ketahui segalanya menerusi buku FIKH KERAHSIAAN WANITA tulisan Dr. Saadudin Mus'ad Hilali dan diterjemahkan oleh Fauwaz Fadzil terbitan Pelima Media Sdn. Bhd ini.
Untuk memenangi kedua-dua buku ini:
Telefon 03-2282 5445. Jadi pemanggil pertama selepas Prebiu Buku @ KLfm Isnin jam 12.30 tengah hari dan berikan kata laluannya...
"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"
Prebiu Buku @ KLfm diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia
*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Isnin, 15 November 2010 jam 12.30 tengah hari.
No comments:
Post a Comment