Sunday, August 15, 2010

Prebiu Buku 24 Ogos 2010

Tajuk Buku : BERSAHUR: HIDANGAN MUDAH, CEPAT & ENAK
Penulis : Chef Arm
Terbitan : PTS Millenia
Muka Surat : 47

Salam Ramadan. Genap 14 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Buku pertama terbitan PTS Millenia bertajuk BERSAHUR : HIDANGAN MUDAH, CEPAT & ENAK oleh Chef Arm ini pasti berguna untuk anda yang suka memasak dan mencuba resipi baru. Menghimpunkan 23 resipi mudah, anda pasti boleh mencubanya. Antara menu menarik termasuklah Sup Tauhu Jepun, Makaroni Ladna dan Spageti Marinara. Semuanya dalam BERSAHUR : HIDANGAN MUDAH, CEPAT & ENAK oleh Chef Arm.

Tajuk Buku : BERBUKA : HIDANGAN MUDAH, CEPAT & ENAK
Penulis : Chef Arm
Terbitan : PTS Millenia
Muka Surat : 47


Buku kedua, juga hasil tangan Chef Arm yang mengetengahkan pelbagai resepi
BERBUKA : HIDANGAN MUDAH, CEPAT & ENAK. Antara 47 menu menarik yang anda boleh cuba menerusi buku ini termasuklah Peria Masak Taucu, Kerabu Ulaman Mewangi dan Sambal Bilis Belimbing Buluh. Tak rugi mencuba menu-menu daripada buku BERBUKA : HIDANGAN MUDAH, CEPAT & ENAK

Tajuk Buku : 50 DAGING
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 63

Bagi anda yang suka makan apa jua menu berasaskan daging, buku Edisi Khas Kompilasi 50 DAGING pasti tidak akan mengecewakan anda. Hadir dengan 50 resipi hebat pasti mengujakan. Anda boleh cuba daging opor, daging empal, daging pekasam lemak cili padi dan daging malbari. Selamat mencuba menerusi buku 50 DAGING edisi khas ini, terbitan Buku Prima.

Untuk memenangi ketiga-tiga buku ini:


Telefon 03-2282 5445. Jadi pemanggil pertama dan kedua selepas Prebiu Buku @ KLfm edisi Selasa jam 12.30 tengah hari dan berikan kata laluannya.


"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"


Prebiu Buku @ KLfm diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia

*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Selasa 24 Ogos 2010 jam 12.30 tengah hari.

No comments:

Post a Comment