Tajuk Buku : PONTENG PUASA
Penulis : Sarida Hamid & Reja
Terbitan : PTS Islamika
Muka Surat : 181
Setenang-tenang sungai mengalir,
Terlanggar buaya sampan berdentum,
Setiap jam ke bilik air,
Rupanya Ali mencuri minum.
Musafir lelah rehat di kolah,
Bebaju cantik terkoyak lengannya,
Aisyah ke padang di tepi sekolah,
Terllihat abu dengan rotinya.
Terlanggar buaya sampan berdentum,
Setiap jam ke bilik air,
Rupanya Ali mencuri minum.
Musafir lelah rehat di kolah,
Bebaju cantik terkoyak lengannya,
Aisyah ke padang di tepi sekolah,
Terllihat abu dengan rotinya.
Itulah antara karenah Aisyah Sofia dan Geng Aa-Syik dengan pelbagai kisah mereka menjalani ibadah puasa menerusi kisah YOUNG AISHAH - PONTENG PUASA oleh Saridah Hamid dan Reja terbitan PTS Islamika. Apabila Ramadan menjelma, Abu dan Ali didapati tidak berpuasa beberapa hari. Mengapa mereka tidak berpuasa?
Pada suatu hari, Aisyah ternampak Abu makan disebalik pokok. Manakala Ali pula tertangkap oleh gurunya kerana minum air di bilik air. Aisyah pula? Adakah Aisyah berjaya puasa sebulan pada bulan Ramadan kali ini atau dia juga ponteng puasa? Apakah persiapan Aisyah Sofia dan Geng Aa-Syik sempena menyambut Hari Raya nanti? Ketahui kesudahan cerita ini dalam buku YOUNG AISHAH : PONTENG PUASA oleh Saridah Hamid dan Reja terbitan PTS Islamika. Turut diselitkan stiker doa-doa untuk amalan seharian adik-adik dalam bulan Ramadan nanti.
Pada suatu hari, Aisyah ternampak Abu makan disebalik pokok. Manakala Ali pula tertangkap oleh gurunya kerana minum air di bilik air. Aisyah pula? Adakah Aisyah berjaya puasa sebulan pada bulan Ramadan kali ini atau dia juga ponteng puasa? Apakah persiapan Aisyah Sofia dan Geng Aa-Syik sempena menyambut Hari Raya nanti? Ketahui kesudahan cerita ini dalam buku YOUNG AISHAH : PONTENG PUASA oleh Saridah Hamid dan Reja terbitan PTS Islamika. Turut diselitkan stiker doa-doa untuk amalan seharian adik-adik dalam bulan Ramadan nanti.
Tajuk Buku : PERANG BADAR : PERANG PENENTUAN
Penulis : Abdul Latip Talib
Terbitan : PTS Litera
Muka Surat : 223
Buku kedua hari ini, kisah PERANG BADAR - Perang Penentuan oleh Abdul Latip Talib terbitan PTS Litera. Pengkisahan secara lengkap berkenaan Perang Badar, perang pertama umat Islam yang berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 Hijrah bersamaan 17 Mac 624 Masihi, menyaksikannya sebagai medan menguji keimanan pada saat umat Islam menjalani ibadah puasa. Ia bermula daripada galau di Mekah yang akhirnya membawa penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Di Madinah Nabi Muhammad SAW menjadi ketua yang dihormati dan beliau membina Madinah menjadi wilayah yang berdaulat.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgazKpWjQTsNz6YCgvEZKUykWavi1ZMXAndGCBaaZleQmIUK3nzksTQLTsTzB0egXviSGb9lt9onnimKfZpuoIj_CGTk7RXNXiL7eqbyej2C7qS-pt2f85rC04MrdTcFMjImBefCOll5Q/s400/IMG_0096.JPG)
Penulis : Abdul Latip Talib
Terbitan : PTS Litera
Muka Surat : 223
Konflik bermula apabila Quraisy di Mekah tidak mengiktiraf pemerintahan Islam di Madinah. Mereka cuba menceroboh kawasan Madinah semasa kafilah dagang mereka mahu berdagang ke Syam tanpa meminta izin daripada pihak Madinah.
Ikuti kisah penuh keinsafan ini menerusi buku PERANG BADAR - Perang Penentuan oleh Abdul Latip Talib terbitan PTS Litera.
Tajuk Buku : MUTIARA AKIDAH & IBADAT
Penulis : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Terbitan : PTS Litera
Muka Surat : 223
Penulis : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Terbitan : PTS Litera
Muka Surat : 223
Manakala buku ketiga hari ini merupakan buah tangan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman bertajuk MUTIARA AKIDAH & IBADAT, Siri Raudhah terbitan Karya Bestari. Buku ini memuatkan persoalan kontemporari yang kerap menjadi persoalan lewat hari ini. Dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ibadat dan akidah, turut disertakan perangan ringkas dan mudah difahami selain dalil dan nas sandarannya. Antara pengisian menarik termasuklah mercun dan duit raya, pembedahan plastik, botox dan braces, alam barzakh, tuntut bela di akhirat, waktu doa yang mustajab dan banyak lagi. Tingkatkan ilmu anda menerusi buku MUTIARA AKIDAH & IBADAT oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman terbitan Karya Bestari.
Untuk memenangi ketiga-tiga buku ini:
Prebiu Buku @ KLfm diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia
*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Isnin 23 Ogos 2010 jam 12.30 tengah hari.
No comments:
Post a Comment