Thursday, August 12, 2010

Prebiu Buku 17 Ogos 2010

Tajuk Buku : PERISTIWA BERSEJARAH RAMADAN
Penulis : Zamri Zainal Abidin & Imran Azmi
Terbitan : PTS Islamika
Muka Surat : 168

Salam Ramadan untuk semua. Prebiu buku edisi selasa hari ini cukup istimewa kerana bakal mengetengahkan tiga buah buku lagi berkaitan dengan bulan penuh keberkatan, Ramadan.

Buku pertama hari ini merupakan buah tangan Zamri Zainal Abidin dan Imran Azmi terbitan PTS Islamika bertajuk PERISTIWA BERSEJARAH RAMADAN. Buku ini mencatatkan beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Ramadan bermula dari zaman Nabi Muhammad pada tahun 611 Masehi hingga zaman moden iaitu ketika tercetusnya Perang Arab - Israel pada bulan Oktober 1973 Masehi.

Hakikatnya, dalam sejarah bulan Ramadan, banyak peristiwa yang menuntut keringat dalam memenangi perang besar seperti Perang Badar selain turunnya Al-Quran. Lebih menarik apabila majoriti kemenangan berlaku hampir dengan kejadian malam Lailatul Qadar. Tidak ketinggalan turut diselitkan tarikh penting, gambar peta dan illustrasi bagi membantu pemahaman pembaca. Buku PERISTIWA BERSEJARAH RAMADAN oleh zamri Zainal Abidin dan Imran Azmi ini pastinya tidak akan mengecewakan anda bahkan menambahkan pengahayatan anda terhadap bulan Ramadan ini.



Tajuk Buku : HIMPUNAN SOAL JAWAB PUASA
Penulis : Ahmad Adnan Fadzil Zulkarnain Dollah
Terbitan : PTS Islamika
Muka Surat : 102

Banyak persoalan mengenai ibadah puasa yang bermain di fikiran anda? Leraikannya dengan membaca buku bertajuk HIMPUNAN SOAL JAWAB PUASA oleh Ahmad Adnan Fadzil dan Zulkarnain Dollah terbitan PTS Islamika ini. Antara topik penting yang bakal dirungkai termasuklah waktu berbuka, membatalkan puasa, puasa qada', fidyah, kafarah, puasa sunat, qiamullail dan zakat fitrah. Semuanya menerusi buku HIMPUNAN SOAL JAWAB PUASA oleh Ahmad Adnan Fadzil dan Zulkarnain Dollah ini.


Tajuk Buku : ADAB RAMADAN
Penulis : Absyar Fuad & Suzana Ismail
Terbitan : PTS Islamika
Muka Surat : 121

Buku terakhir hari ini, ADAB RAMADAN oleh Absyar Fuad dan Suzana Ismail terbitan PTS Islamika. Ramadan berasal daripada bahasa Arab bermaksud panas terik. Buku ini menghimpunkan info mengenai Ramadan termasuklah hukum-hukum yang harus diketahui, adab-adab berpuasa, amalan yang menghidupkan Ramadan, Mutiara hadis Ramadan, Muhasabah Ramadan, Kesilapan orang yang berpuasa dan Doa harian bulan Ramadan.

Bukan hanya berpuasa, tetapi Ramadan ialah masa yang terbaik untuk berfikir dan merenung kelemahan diri selain melipatgandakan amal ibadah. Ketahui selebihnya menerusi buku
ADAB RAMADAN oleh Absyar Fuad dan Suzana Ismail terbitan PTS Islamika.

Untuk memenangi ketiga-tiga buku ini:


Telefon 03-2282 5445. Jadi pemanggil pertama dan kedua selepas Prebiu Buku @ KLfm edisi Selasa jam 12.30 tengah hari dan berikan kata laluannya.


"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"


Prebiu Buku @ KLfm diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia

*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Selasa 17 Ogos 2010 jam 12.30 tengah hari.

No comments:

Post a Comment