Tajuk Buku : KOLEKSI RESIPI COKLAT
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 63
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9TVMWhlM8SvQ0nNYXGblkbavE2eyWwRoLCJonDUcmO0XX_hOePq3-iCi1ErHQ3D83OTsS1fLHEZxhFax_uWVSXctCGPfjvxtLEdcrdiwnrWhwAJ3cbMG_Yd8w_LZZKdBEXiSOgeyHQg/s400/IMG_0094.JPG)
Anda suka coklat atau makanan berasaskan coklat? Buku pertama hari ini untuk Prebiu Buku @ KLfm memang sesuai untuk anda.
KOMPILASI RESIPI COKLAT terbitan Buku Prima menghidangkan 30 resipi yang kesemuanya berasaskan coklat. Antara yang menarik termasuklah brownoes, Puding Coklat Blueberry, Tat Coklat, Kek Krim Coklat dan Chocolate moon. Sedap dan gereti jadi. Semuanya menerusi buku
KOMPILASI RESIPI COKLAT terbitan Buku Prima.
Tajuk Buku : KAFE KE KAFE SELEBRITI
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 88
Jika anda seorang yang suka mencuba resepi baharu dan inginkan hasil sehebat air tangan selebriti, buku ini memberikan sedikit kelainan dengan mengetengahkan resipi-resipi hebat daripada kafe-kafe selebriti tempatan antaranya Amy Search, Shamsul Ghau-Ghau, Linda Rafar, Liyana Jasmay dan Mahmud Ali Bashah. Antara menu menarik termasuklah Mi Kolok, Jus Isabella, Peria Udang dan Umai udang. Selebihnya, di dalam buku KAFE KE KAFE SELEBRITI selenggaraan Intan Zabidin terbitan Buku Prima.
Tajuk Buku : KOMPILASI RESIPI BEBOLA
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 63
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijWVW6nYO2j5URvAC5X1ZMEGs1gE60L5INnIg4pyO2oSfeto2iUZ3SQGRxMtsT6rdqNnIjnv35eY3qJd_vVZhpOhsf6gHah7DKI5dEQATEXP_1zFRr8sDa8SJa54f_K5dfHn0coYwX2Q/s400/IMG_0102.JPG)
Buku terakhir hari ini,
KOMPILASI RESIPI BEBOLA terbitan Buku Prima. Mengetengahkan 29 resipi bebola. Antaranya Bebola Udang Bercili, Laksa Bebola Ostrich, Kofta Daging dan Sup Bebola Ayam Pasta Makaroni. Resipi baharu yang pasti memikat dalam buku
KOMPILASI RESIPI BEBOLA terbitan Buku Prima.
Untuk memenangi ketiga-tiga buku ini:
Telefon 03-2282 5445. Jadi pemanggil pertama dan kedua selepas Prebiu Buku @ KLfm edisi Selasa jam 12.30 tengah hari dan berikan kata laluannya.
"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"
Prebiu Buku @ KLfm diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia
*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Isnin 30 Ogos 2010 jam 12.30 tengah hari.
No comments:
Post a Comment