Sunday, July 18, 2010

Prebiu Buku 19 Julai 2010

Tajuk Buku : HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG
Penulis : Shamsudin Kadir
Terbitan : PTS Profesional
Muka Surat : 182

Salam 1 Malaysia. Kembali bersama dalam Prebiu Buku @ KLfm edisi Isnin. Hari ini, Prebiu Buku KLfm bakal mengetengahkan tiga buah buku yang saling berkaitan, iaitu kewangan dan keusahawanan.

Tenangkah hidup anda bila berhutang? Hutang ibarat racun dan penawar. Jika bijak mengawalnya, hidup kekal bahagia. Jika sebaliknya.. hidup semakin miskin dan lebih buruk lagi, bankrap. Kenapa harus pinjam RM50 dan bayar RM500? Hutang keliling pinggang pastinya merunsingkan. Hutag belajar, kahwin, kenderaan, rumah dan sebagainya. Buku HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG oleh Shamsuddin Kadir terbitan PTS Profesional pasti menarik minat anda untuk mengetahui bagaimanakah caranya.

Penulis, Shamsudin Kadir menjadi perintis teori Smart Kaya yang mengutamakan prinsip melonjak kekayaan dengan bermodalkan apa sahaja yang ada di tangan. Buku ini bakal membuka minda anda agar tidak dibebani dengan hutang yang tidak perlu dan segalanya berteraskan pengurusan kewangan yang betul.

Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang ini juga mendidik anda bagaimana untuk menjadi pengguna yang bijak dan bukan pengguna yang sudah dipijak. Mengetahui hak sebagai pengguna, sesuai dengan sambutan bulan pengguna bulan ini. Antara lain yang menarik, mengetahui jenis-jenis pinjaman, bagaimana untuk bebas daripada beban hutang dan bagaimana untuk menguruskan wang dengan bijak.

Turut dilengkap dengan Tip Smart Kaya, Mutiara kata dan penulisan yang menarik. Jauh bezanya ketawa orang tanpa hutang dengan mereka yang dikelilingi hutang. Semuanya dalam buku HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG oleh Shamsuddin Kadir terbitan PTS Profesional


Tajuk Buku : JANA RM DARI RUMAH
Penulis : Masayu Ahmad
Terbitan : Oasis Buku
Muka Surat : 236

Buku kedua minggu ini, bagi anda yang minat atau ingin berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan. JANA RM DARI RUMAH oleh Masayu Ahmad terbitan Oasis Buku pasti berguna untuk anda yang ingin memulakan perniagaan dari rumah. Buku ini turut membantu persediaan bekerja melalui Kaedah 4W 1H.

Mengetengahkan 101 rahsia sukses bekerja dengan tenang di sisi sekeluarga, juga tip mengenal pasti agar anda untung mental dan spiritual. Buku ini juga menerangkan bagaimana untuk memulakan perniagaan berskala kecil selain mencari idea dan peluang kerjaya yang sesuai berdasarkan minat, kepakaran, pengalaman dan pendidikan. Antara topik yang diketengahkan termasuklah pilihan bisnes dari rumah, pengurusan masa, cabaran, motivasi untuk sukses, pelan pemasaran, saingan dan tip untuk sukses. Ketahui selebihnya menerusi buku JANA RM DARI RUMAH oleh Masayu Ahmad terbitan Oasis


Tajuk Buku : URUS BISNES DENGAN GOOGLE

Penulis : Zamri Mohamad
Terbitan : PTS Profesional
Muka Surat : 298


Buku terakhir hari ini, oleh Zamri Mohamad terbitan PTS Profesional, URUS BISNES DENGAN GOOGLE. Kenali Gmail, Google Talk, Google Profile, Google Alerts dan sebagainya mengenai Google dan bagaimana ia mampu membimbing usahawan untuk mengenali dan menggunakan aplikasi ini dalam perniagaan.

Buku ini memberikan panduan mudah untuk mempelajari aplikasi google menerusi langkah demi langkah, sekaligus memanfaatkannya untuk menjana pendapatan, khususnya kepada pengusaha perniagaan berskala kecil bagi mempopularkan jenama mereka. Semuanya dalam buku URUS BISNES DENGAN GOOGLE, oleh Zamri Mohamad terbitan PTS Profesional.

Untuk memenangi ketiga-tiga buku ini:

Telefon 03-2282 5445. Jadi pemanggil pertama dan kedua selepas Prebiu Buku @ KLfm edisi Isnin jam 12.30 tengah hari dan berikan kata laluannya.


"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"


Prebiu Buku @ KLfm diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia

*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Isnin 19 Julai 2010 jam 12.30 tengah hari.




No comments:

Post a Comment