Monday, July 12, 2010

Prebiu Buku 13 Julai 2010

Tajuk Buku : CINTA TAK BERALIH
Penulis : Hezzy Azra
Terbitan : Alaf21
Muka Surat : 484

Buku pertama Prebiu Buku Edisi Sealsa hari ini menmpilkan sebuah novel bertajuk CINTA TAK BERALIH, karya Hezzy Azra terbitan Alaf21. BILA hati asyik diusik rindu, jiwa sering dibelai debaran... perasaan apa lagi yang sedang dilanda gelora kalau bukan cinta? Larra Kirana bahagia dengan rasa indah yang dimilikinya itu. Menatap Shaqril yang sering lalu-lalang di hadapan kedai dobinya dari jauh sudah cukup untuk merawat kerinduan itu. Berbalas senyum sahaja sudah hebat dia diamuk oleh rasa gemuruh. Tidak sangka hubungan mereka terjalin selepas Shaqril menghantar kemeja untuk dicuci.

Detik demi detik memekarkan cinta di hati, sedangkan Shaqril sebenarnya dalam dilema. Kasihnya melimpah untuk Larra, walhal dia tunangan Balqis. Jodoh yang diatur keluarga tidak mampu dibantah. Hari yang dilalui amat menyeksakan. Shaqril berharap sesuatu akan terjadi agar cintanya terhadap Larra tidak berakhir. Moga Larra tidak menyalahkannya andai rahsia tersingkap. Namun dia harus berlaku jujur, tak ingin melukai hati Larra lebih dalam lagi. Apakah kesudahan kemelut cinta bersegi ini? Ketahuinya menerusi novel bertajuk CINTA TAK BERALIH, karya Hezzy Azra terbitan Alaf21


Tajuk Buku : COKLAT ATAUPUN STRAWBERI
Penulis : Anna Raihana
Terbitan : PTS Profesional
Muka Surat : 202


Kerana Donut Puteri, tertubuhnya dua kumpulan peminat donut - Kelab Peminat Donut Coklat dan Kelab Peminat Donut Strawberi. Novel remaja bertajuk COKLAT ATAUPUN STRAWBERI karya Anna Raihana terbitan PTS Profesional ini masti mencuit hati anda.

Illustrasi dan plot penceritaan yang menarik pasti mengujakan anda untuk menruskan pembacaan. MAmpukah donut menyatukan kedua-dua kelab peminat ini? Durrah peminat donut coklat, Yumna donut strawberi manakala Amira peminat tegar donut biasa. Anda pula suka donut yang mana?

Ikuti kesudahannya menerusi novel remaja COKLAT ATAUPUN STRAWBERI oleh Anna Raihana terbitan PTS Profesional ini.

Tajuk Buku : TIP & TEKNIK PENANAMAN CENDAWAN
Penulis : Zulkifli Ariff
Terbitan :Oasis Buku
Muka Surat : 117

Bagi anda yang suka makan cendawan mahupun ingin bergelar usahawan cendawan, anda sebenarnya mampu untuk merealisasikan impian anda itu. Menerusi buku bertajuk TIP & TEKNIK PENANAMAN CENDAWAN oleh Zulkifli Ariff terbitan Oasis Buku, segalanya anda boleh pelajari dan aplikasikan. Penulis ini juga merupakan usahawan cendawan dan kini merupakan mentor program Satu Kampung Satu Industri negeri Selangor. Ketahui teknik yang betul bagaimana mengatasi masalah penyakit cendawan, selain menampilkan paparan imej bergambar langkah demi langkah penanaman cendawan hingga mengeluarkan hasil. Buku ini turut memaparkan menu-menu menarik berkaitan cendawan dan anggaran perbelanjaan yang diperlukan.

Ketahui pelbagai lagi info menarik mengenai cendawan menerusi buku TIP & TEKNIK PENANAMAN CENDAWAN oleh Zulkifli Ariff terbitan Oasis Buku,


Untuk memenangi ketiga-tiga buku ini, taip:

Telefon 03-2282 5445. Jadi pemanggil pertama dan kedua selepas Prebiu Buku @ KLfm jam 12.30 tengah hari dan berikan kata laluannya.


"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"


Prebiu Buku @ KLfm diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia

*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Isnin 13 Julai 2010 jam 12.30 tengah hari.



No comments:

Post a Comment