Tajuk Buku : SAYANG SEPENUH HATI
Penulis : Eka Fahara
Terbitan : Alaf21
Muka Surat : 503
Penulis : Eka Fahara
Terbitan : Alaf21
Muka Surat : 503
Setiap insan mendambakan kebahagiaan dalam kehidupan. Tapi tak mudah mencari kasih sayang sepenuh hati selamanya. Novel bertajuk SAYANG SEPENUH HATI, karya Eka Fahara terbitan Alaf 21 ini bakal meruntun hati anda.
Mengisahkan pencarian cinta sejati Aira terhadap lelaki bernama Fauzien. Janji dipateri sebagai tunangannya sebelum berangkat ke New Zealand. Namun kasih terlerai di tengah jalan bila Fauzien beralih arah kepada teman baiknya sendiri, Izzi. Dia terpaksa merelakan cintanya pergi.
Perkenalannya dengan Adin tidak bermakna buatnya. Namun lain pula kisahnya dengan Adin yang cuba merebut hati Aira. Kerana Laksa Kedah ala New Zealand, kasihnya pada Adin mula berputik. Sangkanya itulah cinta yang dicari. Namun kehadiran Suri yang mengaku sebagai isteri Adin kembali merobek kepercayaannya pada sebuah cinta yang suci. Apakah kesudahan dilema Aira ini? Ketahuinya dalam novel SAYANG SEPENUH HATI, karya Eka Fahara terbitan Alaf 21.

Tajuk Buku : LALUAN KE-2 KE PUNCAK
Penulis : Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj
Terbitan : Oasis Buku
Muka Surat : 317
Penulis : Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj
Terbitan : Oasis Buku
Muka Surat : 317
Faktor pokoknya, adakah anda bersedia untuk berubah? Kegagalan adalah tiket untuk lebih berjaya sebenarnya. Banyak tips-tips untuk berjaya dalam kehidupan, perniagaan dan sebagainya. Petikan yang menarik daripada buku ini,
"Orang berlari sedangkan anda tiada kaki, adalah tidak bijak untuk anda cuba berlari, sebaliknya jadilah kura-kura yang bergerak mengikut kapasiti yang ada. Yang penting, sampai."
Banyak lagi yang anda bolej pelajari demi memotivasikan diri untuk lebih berjaya menerusi buku LALUAN KE-2 KE PUNCAK tulisan Dr. HM Tuah Iskandar Al Haj, terbitan Oasis Buku ini.
Tajuk Buku : SIAPA LEBIH POPULAR
Penulis : Nurul Zahidah
Terbitan : PTS One
Muka Surat : 293

Dengan jalan cerita yang menarik diselitkan dengan ilustrasi yang pastinya menceriakan anda sambil meneruskan pembacaan anda hingga ke akhirnya menerusi novel SIAPA LEBIH POPULAR tulisan Nurul Zahidah terbitan PTS One.
Untuk memenangi ketiga-tiga buku ini, taip:
Telefon 03-2282 5445. Jadi pemanggil pertama dan kedua selepas Prebiu Buku @ KLfm jam 12.30 tengah hari dan berikan kata laluannya.
"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"
Prebiu Buku @ KLfm diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia
*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Isnin 12 Julai 2010 jam 12.30 tengah hari.
No comments:
Post a Comment