Tajuk Buku : RESIPI 30 MINIT CHEF KAMARUL
Penulis : Chef Kamarul
Terbitan : Telaga Biru
Muka Surat : 134
Penulis : Chef Kamarul
Terbitan : Telaga Biru
Muka Surat : 134
Bagi anda yang suka memasak namun tidak punya masa terluang untuknya, RESIPI 30 MINIT CHEF KAMARUL terbitan Telaga Biru ini pasti menambat hati dan selera anda. Memuatkan 40 resepi dengan lima bahagian miaitu resipi pagi, resipi makan tengah hari, resepi minum petang dan snek, resipi makan malam dan resipi pemanis mulut ekspres yang mudah, ringkas tetapi sedap, buku ini turut menyelitkan tips mengurus dapur, pesan ibu, tips masakan, adab makan dan doa-doa berkaitan.
Pasti tak rugi mencuba resepi baharu daripada buku RESIPI 30 MINIT CHEF KAMARUL terbitan Telaga Biru ini.
Tajuk Buku : ILMU PENGARUH
Penulis : Syahrul Nizam Junaini
Terbitan : PTS Profesional
Muka Surat : 178
Penulis : Syahrul Nizam Junaini
Terbitan : PTS Profesional
Muka Surat : 178
Ada yang beranggapan harta, pangkat dan kuasa mampu menjadikan diri lebih berpengaruh bagaikan mampu mengubah dunia. Sehinggakan ada yang sanggup menghalalkan apa sahaja meski bertentangan dengan ajaran agama.
Buku kedua minggu ini, ILMU PENGARUH, Bukan Jampi Tetapi Seni karya Syahrul Nizam Junaini terbitan PTS Profesional mengajak kita berfikir untuk berkuasa dari perspektif berbeza. Bagaimana agaknya untuk mempengaruhi orang lain bagi tujuan kebaikan mahupun dalam pekerjaan dan bagaimana menjadikan memujuk sebagai senjata yang baik.
Ketahuinya dalam ILMU PENGARUH: Bukan Jampi Tetapi Seni oleh Syahrul Nizam Junaini terbitan PTS Profesional.
Tajuk Buku : TIKET BOLA SEPAK UNTUK PUTERA HAZIQ
Penulis : Aliff Danial
Terbitan : PTS One
Muka Surat : 139
Mengisahkan Putera Haziq yang sangat meminati bola sepak tetapi tidak pandai bermain. Kisah pengembaraan Putera Haziq bermula dengan tiket ajaib pemberian ayahanda Sultan Ali. Tercapaikah impian Putera Haziq untuk menjadi pemain bola sepak yang hebat? Ikuti kesudahannya menerusi buku Tiket Bola Sepak Untuk Putera Haziq oleh Aliff Danial terbitan PTS One.
Untuk memenangi kedua-dua buku ini, taip
KLFM jarak BUKU jarak KATA LALUAN, NAMA DAN NO TEL hantar ke 32728
"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"
Prebiu Buku @ KLfm diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia
*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Isnin 5 Julai 2010 jam 12.30 tengah hari.
No comments:
Post a Comment