Monday, May 24, 2010

PREBIU BUKU 14 JUN 2010

Tajuk Buku : DIDIK ANAK JADI PINTAR
Penulis : Rohani Sheikh Omar
Terbitan : PTS Millenia
Muka Surat : 165


Selamat bercuti untuk adik-adik dan juga ibu bapa yang mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Prebiu Buku @ KLfm kembali lagi hari ini khusus untuk ibu bapa berkaitan soal pendidikan anak-anak.

Buku pertama minggu ini, terbitan PTS Millenia bertajuk Didik Anak Jadi Pintar oleh Rohani Sheikh Omar. Setiap ibu bapa pasti menginginkan anak yang pintar dan cerdas namun bagaimana untuk merealisasikannya? Buku ini mampu membantu memberikan idea buat ibu bapa melahirkan anak yang pintar menerusi pelbagai aktiviti yang membantu proses pembentukan pemikiran anak-anak sekaligus meningkatkan potensi mereka sejak awal kelahiran lagi.

Antara yang menarik termasuklah aktiviti matematik, aktiviti bahasa, aktiviti sains dan bermain. Buku ini bukan sahaja praktikal untuk diaplikasikan tetapi juga mampu mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak menerusi pelbagai aktiviti menarik yang dikongsi bersama. Ketahuinya menerusi buku Didik Anak Jadi Pintar oleh Rohani Sheikh Omar terbitan PTS Millenia.


Tajuk Buku : ANAKKU CELIK KOMPUTER

Penulis : Shahrul Nizam Junaini
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 158


Buku kedua minggu ini pula bagi ibu bapa yang masih mencari idea untuk memberikan pendidikan awal mengenai IT menerusi buku Anakku Celik Komputer tulisan Syahrul Nizam Junaini terbitan Buku Prima. Perkembangan teknologi maklumat tanpa sempadan semakin pesat seantero dunia. Bagaimanapun, pemantauan ibu bapa perlu agar anak-anak mendapat panduan yang tepat mengenai penggunaanya ke arah kebaikan. Tidak semua perisian sesuai untuk kanak-kanak. Ada sebahagiannya berunsur ganas malah mereka juga mungkin terdedah pada perkara yang boleh memanipulasi pemikiran mentah mereka.

Buku ini berguna bagi ibu bapa membantu kanak-kanak seawal usia setahun untuk mengenali dan memahami fungsi komputer. Antara yang menarik dalam buku ini, bagaimana untuk membina kepetahan bahasa, mencetus kreativiti anak, membina daya ingatan visual, panduan memilih perisian pembelajaran, risiko permainan online dan banyak lagi. Semuanya dalam buku Anakku Celik Komputer oleh Syahrul Nizam Junaini terbitan Buku Prima. Pasti berbaloi untuk ibu bapa.

Untuk memenangi kedua-dua buku ini, taip

KLFM jarak BUKU jarak KATA LALUAN, NAMA DAN NO TEL hantar ke 32728


"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"

*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Isnin 14 Jun 2010 jam 12.30 tengah hari.

No comments:

Post a Comment