Monday, May 24, 2010

PREBIU BUKU 21 JUN 2010

Prebiu Buku @ KLfm hari ini menampilkan buku terbitan PTS Fortuna dan Telaga Biru. Bagi buku pertama minggu ini, Karya Kusyi Hirdan merupakan sebuah novel fantasi masa depan bertajuk Penakluk Kota Unggu terbitan PTS Fortuna. Puri dan Melanaz. Kisah zaman pasca- apokalips. Haiwan dan hutan telah lama hilang dari mata manusia. Tiada siapa tahu dimana semuanya.. lenyap begitu sahaja. Melanaz mati dengan menyimpan dalam-dalam rahsia besar itu. Masa depan adalah fantasi. Kota Ungu menyaksikan pertelagahan manusia yang menjadi penghuninya. Apakah rahsia silap yang menjadi igauan? Ketahuinya dalam Penakluk Kota Unggu terbitan PTS Fortuna oleh Kusyi Hirdan.


"Jangan takut KEGAGALAN, kerana TAKUT KEGAGALAN bermakna menghindar kejayaan," Itu kata jutawan internet, Dr. Irfan Khairi menerusi bukunya Nota Jutawan Nota Motivasi terbitan Telaga Biru. Kunci kekayaan pertama ialah keinginan untuk menjadi kaya.

Motivasikan diri anda untuk kaya dalam kehidupan dan lebih penting, pengisian hati untuk berjaya dalam kehidupan menerusi buku ini. Antara yang menarik dalam buku ini termasuklah tempat terhangat untuk melabur, bila berfikiran negatif adalah baik, carta The Millionaire Mind dan banyak lagi.

Temui kelebihan dalam diri anda untuk mencipta kejayaan. Selebihnya dalam buku Nota Jutawan Nota Motivasi terbitan Telaga Biru oleh Dr. Irfan Khairi.

Untuk memenangi kedua-dua buku ini, taip

KLFM jarak BUKU jarak KATA LALUAN, NAMA DAN NO TEL hantar ke 32728


"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"


Prebiu Buku @ Klfm diterbitkan oleh Juliyana Hussain aka Dj Julia

*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Isnin 21 Jun 2010 jam 12.30 tengah hari.

No comments:

Post a Comment