Monday, May 24, 2010

PREBIU BUKU 7 JUN 2010

Tajuk Buku : SENAMAN LELAKI KEKAL CERGAS, TEGAP & MANTAP
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 174


Salam 1 Malaysia untuk semua pendengar Radio Malaysia KLfm dan peminat setia Prebiu Buku @ KLfm. Sepertimana biasa, dia buah buku lagi diketengahkan minggu ini, istimewa buat lelaki yang bergelar bapa sempena sambuta Hari Bapa 20 Jun ini dan untuk adik-adik yang sedang bercuti sekolah.

Buku pertama minggu ini merupakan kompilasi daripada majalah Maskulin bertajuk SENAMAN LELAKI - KEKAL CERGAS, TEGAP DAN MANTAP terbitan Buku Prima. Bagi yang inginkan bentuk badan yang menarik tetapi tidak punya masa untuk ke gim dan bersenam secara konsisten, buku ini pasti berguna untuk anda praktikkan teknik di dalamnya. Dapatkan teknik regangan, senaman dan pelbagai info menarik yang anda merlu tahun untuk mengekalkan kecergasan.

Buku ini turut dilengkapi dengan imej - imej mengenai teknik yang diajar. Antara yang menarik, 10 teknik senaman mudah elakkan buncit, botoi dan buyut, membentuk lengan mantap, regangan untuk mengelakkan sakit belakang, kenali 3 bentuk badan dan sebagainya. Semuanya dalam buku bertajuk SENAMAN LELAKI - KEKAL CERGAS, TEGAP DAN MANTAP terbitan Buku Prima ini.


Tajuk Buku : KISAH HAIWAN MAKKAH

Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Terbitan : Telaga Biru
Muka Surat : 193


Buku kedua ini khusus untuk adik-adik. Bukan sahaja sesuai dijadikan bahan bacaan anak-anak sepanjang musim cuti sekolah ini untuk menambahkan pengetahuan, buku bertajuk KISAH HAIWAN MAKKAH ZAMAN RASULLULLAH S.A.W tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin terbitan Telaga Biru ini juga boleh dijadikan hadiah.

Buku ini mengetengahkan haiwan-haiwan yang hidup pada zaman baginda. Antara kisah menarik termasuklah Gajah Raja Abrahah, Buraq Israk Mikraj, Ketua Ular Makkah dan Keldai Halimatus Saadiah. Bukan hanya kisah yang menarik dan mudah difahami, buku ini memberikan nilai tambah yang cukup berguna untuk kanak-kanak yang membacanya memandangkan buku ini tampil dengan teks rumi dan jawi untuk menambahkan penguasaan membaca tulisan jawi. Selain itu, turut diselitkan info-info berguna. Buku berkulit keras ini juga siap dengan illustrasi yang menarik minat kanak-kanak.

Buku KISAH HAIWAN MAKKAH ZAMAN RASULLULLAH S.A.W tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin terbitan Telaga Biru ini harus menjadi pilihan ibu bapa untuk anak-anak mereka.

Untuk memenangi kedua-dua buku ini, taip

KLFM BUKUKATA LALUAN, NAMA DAN NO TEL32728


"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"

*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Isnin 7 Jun 2010 jam 12.30 tengah hari.

No comments:

Post a Comment