Tajuk Buku : DUNIA MASAKAN CHEF SELEBRITI
Penulis : Chef Sabri
Terbitan : Telaga Biru
Muka Surat : 172
Penulis : Chef Sabri
Terbitan : Telaga Biru
Muka Surat : 172
Buku pertama minggu ini merupakan buah tangan daripada Master Chef Sabri, bertajuk DUNIA MASAKAN CHEF SABRI terbitan Telaga Biru. Tahukah anda, Chef Sabri yang mula belajar membuat roti canai seawal usia 9 tahun ini sangat berminat untuk menjadi chef kerana topinya yang tinggi. Buku ini bukan sahaja menghimpunkan menu-menu hebat antaranya sup tomyam ekor dan udang, nasi morocco, daging rendang kicap Kelantan, ikan merah bersos mentega dan herba dan banyak lagi malahan menyelitkan pelbagai teknik dan petua dapur berguna seperti teknik memotong ikan (fillet), membuat ukiran ais, mengenali peralatan chef profesional. Pasti berbaloi bagi anda yang bercita-cita menjadi chef profesional. Segalanya menerusi buku MASAKAN CHEF SABRI terbitan Telaga Biru.Tajuk Buku : DIARI MAT DESPATCH
Penulis : Baharudin Bekri
Terbitan : PTS One
Muka Surat : 155
Penulis : Baharudin Bekri
Terbitan : PTS One
Muka Surat : 155
Buku kedua minggu ini merupakan karya Baharudin Bekri terbitan PTS One bertajuk DIARI MAT DESPATCH. Muncul dalam kategori jurnal peribadi, buku ini tampak cukup menarik minat untuk lebih mengetahui isi kandungannya.
DIARI MAT DESPATCH Mengisahkan Idlan Rayyan yang berdepan dengan kesukaran hidup sebagai mat despatch yang mencuba nasib menjadi editor freelance di sebuah syarikat penerbitan. Selain mengisahkan kisah hidup Idlan, ada juga diselitkan tip-tip Bahasa Melayu Tinggi dalam diari pertama dalam hidupnya ini. Penulisan yang bersahaja dan dekat di hati ini pasti membuai anda untuk meneruskan pembacaaan. Ikuti rutin harian Idlan menerusi DIARI MAT DESPATCH karya Baharudinn Bekri terbitan PTS One Sdn. Bhd.
Untuk memenangi kedua-dua buku ini,
taip KLfm jarak BUKU jarak KATA LALUAN, NAMA PENUH DAN NO TELEFON hantar ke 32728
taip KLfm jarak BUKU jarak KATA LALUAN, NAMA PENUH DAN NO TELEFON hantar ke 32728
AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU
*uNTuk mendapatkan kata laluan, dengarkan KLfm Isnin 31 Mei 2010 jam 12.30 tengah hari
No comments:
Post a Comment