Thursday, February 4, 2010

PREBIU BUKU 8 FEBRUARI 2010

TAJUK BUKU : BAGAIMANA SAYA BOLEH MENJADI JUTAWAN
PENULIS : ADAM KHOO
TERBITAN : PTS MILLENIA
MUKA SURAT : 499

Kembali dalam Edisi Khas Prebiu Buku @ KLfm untuk minggu kedua. Tiga buah buku lagi diketengahkan minggu ini. Bagi anda yang bermimpi untuk menjadi jutawan, inilah masanya untuk anda belajar formula untuk merealisasikan impian anda itu. Melalui keinginan yang kuat, cara berfikir seperti jutawan dan strategi menjana pendapatan yang betul antara faktor utama kejayaan.

Buku pertama minggu ini terbitan PTS Millenia bertajuk, Bagaimana Saya Boleh Menjadi Jutawan oleh Adam Khoo, yang menjadi jutawan pada usia 26 tahun dengan pendapatan tahunan lebih RM45 juta setahun!!

Antara yang menarik dibincangkan dalam buku ini termasuklah 7 langkah menuju kejayaan dalam kewangan, 9 tabiat jutawan, bagaimana orang kaya mengurus wang mereka, 4 tahap kekayaan, mencipta pendapatan secara online, prinsip nombor satu jutawan dan banyak lagi.

Bagi anda yang ingin menjadi jutawan, apa salahnya membaca buku ini, Bagaimana Saya Boleh Menjadi Jutawan, oleh Adam Khoo terbitan PTS Millenia.


TAJUK BUKU : MELODI KASIH
PENULIS : HEZZY AZRA
TERBITAN : ALAF 21
MUKA SURAT : 472

Bagi peminat novel, minggu ini novel bertajuk Melodi Kasih karya Hezzy Azra terbitan Alaf 21. Mengisahkan tiga orang sahabat baik, Zahara Inas, Edrina Julia dan Iman Syukriah. Mereka dilahirkan pada bulan yang sama, namun takdir membezakan. Bagi Zahara Inas, hatinya pernah dibuai cinta namun kelukaan lalu menutup terus pintu hati menerima cinta seorang lelaki. Manakala Edrina, cintanya tidak pernah kesampaian dan akhirnya akur pada pilihan keluarga untuk hidup bersama Taj- namun duri juga menjadi hadiah perkahwinan mereka.

Lain pula kisahnya dengan Iman Syukriah yang bahagia dengan perkahwinannya dengan Huzir dan dikurniakan cahaya mata. Namun kebahagiaan tidak selalunya kekal, ada sahaj gelora membadai. Apa kesudahan kisah cinta dan persahabatan mereka, ketahuinya menerusi novel Melodi Kasih karya Hezzy Azra terbitan Alaf 21.


TAJUK BUKU : RESIPI KENDURI KAHWIN
PENULIS : PAK ENGKU
TERBITAN : BUKU PRIMA
MUKA SURAT : 144

Bagi anda yang bercadang untuk melangsungkan perkahwinan dan merancang untuk memasak secara bergotong royong, buku ini pastinya boleh membantu anda. Resipi Kenduri Kahwin oleh Pak Engku terbitan Buku Prima. Mengetengahkan 65 resipi, termasuklah 17 resipi aneka nasi, 32 resipi lauk pauk dan 16 resipi pencuci mulut selain turut menyelitkan petua memasak yang berguna. Semuanya dalam buku Resipi Kenduri Kahwin oleh Pak Engku terbitan Buku Prima. Selamat mencuba!!

Bagi anda yang ingin mendapatkan ketiga-tiga buku ini, jangan lupa dengarkan Prebiu Buku@KLfm, Isnin 8 Feb 2010 jam 12.30 tengah hari untuk mendapatkan kata laluan dan menjadi pemanggil ke-2 dan ke-3.

"Amalkan Budaya Membaca, Sehari Sebuah Buku"

No comments:

Post a Comment