PENULIS : RAMLEE AWANG MURSHID
TERBITAN : ALAF 21
MUKA SURAT : 519
Intan Suryani, beberapa kali dia koma dan sedar semula. Dalam koma dia melihat sekujur tubuhnya kaku. Manakala Hakim, si buta yang menyara adiknya dengan hati yang luhur dan penuh tanggungjawab. Satu kelebihannya, mata hatinya celik mendengarkan suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Dan keduanya ditemukan di luar dari alam kehidupan. Apakah kesudahannya, jangan lupa ketahui menerusi novel 9 Nyawa karya Ramlee Awang Mursyid terbitan Alaf21. Anda pasti tidak akan menyesal membacanya.
TAJUK BUKU : KOMPILASI RESIPI BAKERI
(Kompilasi Majalah Karangkraf)
TERBITAN : Buku Prima
MUKA SURAT : 64
Bagi pencinta bakeri, Buku Kompilasi Bakeri terbitan Buku Prima harus anda baca. Antara menu menarik yang anda boleh cuba seperti roti zaitun, piza capricossa, mufin, tat keju dan banyak lagi. Bukan sahaja mudah, bahkan sedap dan gerenti jadi.
TAJUK BUKU : 501 PERSOALAN FIKAH WANITA
PENULIS : Zawiah Hassan & Rohayati Bakri
TERBITAN : PTS Millenia
MUKA SURAT : 233
Bagi anda yang ingin mendapatkan ketiga-tiga buku ini secara percuma, hanya dengarkan Prebiu Buku @KLfm setiap isnin jam 12.30 tengah hari untuk mendapatkan kata laluan dan menjadi pemanggil kedua dan ketiga.
Amalkan Budaya Membaca, Sehari Sebuah Buku.
No comments:
Post a Comment