Tuesday, January 19, 2010

Prebiu Buku 3 Feb 2010


TAJUK BUKU : KOMPILASI RESIPI JAWA
TERBITAN :
Buku Prima
MUKA SURAT :
64



Jika anda memang suka memasak, apatah lagi menu jawa pastinya tercari-cari buku pertama yang diketengahkan hari ini iaitu buku Kompilasi Resepi Jawa terbitan Buku Prima. Buku ini mengetengahkan 29 resepi jawa yang mungkin anda boleh cuba sendiri di rumah. Bukan hanya mudah, resepi sedap dan pastinya gerenti jadi. Menu jawa yang menarik antaranya Kencur Ikan Keli, Nasi Ambeng, Pecal Jawa, Tapai dan banyak lagi. Membaca buku Kompilasi Resepi Jawa terbitan Buku Prima, anda pasti tidak akan rugi.


TAJUK BUKU : ADUHAI SUAMI

PENULIS :
Muhamad Mat Yakim
TERBITAN :
Alaf21
MUKA SURAT :
222



Aduhai Suami.. Itulah buku kedua yang diketengahkan hari ini, tulisan Muhamad Mat Yakim terbitan Alaf 21. Karenah, perilaku mahupun pemikiran lelaki sering sukar diduga. Bagi bakal isteri ataupun wanita yang sudah berumahtangga, buku ini mungkin mampu membantu anda untuk lebih mengenali suami masing-masing.

Antara yang menarik, benarkah lelaki melayu kurang romantik? Bahaya filem hindustan, Sentimental baju kelawar dan banyak lagi. Semuanya dalam buku Aduhai Suami! tulisan Muhamad Mat Yakim terbitan Alaf 21.


TAJUK BUKU : BAGAIKAN KHADIJAH DI HATI RASULULLAH
PENULIS :
Zamri Mohamad & Imran Yusof
TERBITAN :
PTS Millenia
MUKA SURAT :
287




Kasih sayang perlu disemai saban hari. Bukan hanya sebelah pihak tetapi kedua-duanya. Ramai isteri mengimpikan suami sehebat Rasulullah, manakala suami pula mengimpikan isteri setabah Siti Khadijah. Buku terakhir hari ini, Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah tulisan Zamri Mohamad dan Imran Yusof terbitan PTS Millenia. Bagaimana menyerlahkan kehebatan cinta dan mengekalkan kasih sayang dalam perkahwinan bagi mengabadikan kehidupan bersama di dunia dan akhirat. Walau apapun definisi perkahwinan setiap individu, buku ini bakal menyingkap petua-petua cinta abadi dalam perkahwinan, tips berguna selain doa. Apakah kaitan warna dalam perhubungan? Juga kisah seorang suami dan empat isteri. Semuanya dalam buku Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah tulisan Zamri Mohamad dan Imran Yusof terbitan PTS Millenia.

2 comments:

  1. terima kasih kepada klfm kerana sudi prebiu buku saya di sini, terima kasih byk2 - muhamad mat yakim muhamad@karangkraf.com.my

    ReplyDelete
  2. Mamat : sama2 encik mamat. Buku yang menarik dan wajib dibaca suami isteri :)

    ReplyDelete