Tuesday, January 19, 2010

Prebiu Buku 2 Feb 2010


TAJUK BUKU : Cerita Betul Facebook
PENULIS : Tony H
TERBITAN : PTS Profesional
MUKA SURAT : 119



Tahukah anda, setiap hari hampir 70 juta pengguna melayari laman sosial Facebook, dan lebih daripada 14 juta foto yang dimasukkan setiap hari. Siapa menyangka, laman sosial ini dikatakan dibangunkan dan ditulis sendiri dari bilik asrama. Banyak lagi trivia dan maklumat menarik mengenai cerita di sebalik facebook yang mungkin anda belum pernah tahu. Bagi anda yang belum mengenai Facebook dan baru berjinak-jinak untuk mendekatinya, buku ini bakal memberikan panduan lengkap penggunaannya. Semuanya dalam buku Cerita Betul Facebook tulisan Tony H, terbitan PTS Profesional.


TAJUK BUKU : Doa Buat Suamiku
PENULIS : Sri Diah
TERBITAN : Alaf21
MUKA SURAT : 503



Bagi pencinta novel, anda tidak dilupakan. Novel terbaharu karya Sri Diah terbitan Alaf 21 bertajuk Doa Suamiku pasti meruntun jiwa. Hazwani, seorang gadis berkarier dan memiliki segalanya. Hanya satu yang gagal, dia tidak lagi mampu memiliki cinta seorang lelaki.

Dalam dilema mencari cinta, hadir Iskandar bekas tunangnya serta layanan mesra Datuk Munir, juga Radhuan yang lama dikenali di bumi Esfahan. Adakah hatinya bakal terpaut pada salah seorang daripada mereka? Ketahui kesudahannya menerusi novel Doa Buat Suamiku oleh Sri Diah terbitan Alaf 21.


TAJUK BUKU : Jadi Cool & Positif
TERBITAN : Buku Prima
MUKA SURAT : 319



Bagi anda yang sukakan psikologi, buku ketiga minggu ini merupakan buku terbaik untuk anda. Kompilasi ruangan psikologi ruangan majalah remaja, buku Jadi Cool dan Positif terbitan Buku Prima. Antara yang menarik, A hingga Z bagaimana untuk menjadi Positif, Bagaimana cara terbaik untuk mengaku kesalahan diri dan sebagainya. Semuanya dalam buku Jadi Cool dan Positif terbitan Buku Prima.

No comments:

Post a Comment