Tuesday, January 19, 2010

PREBIU BUKU 1 FEB 2010

Kembali lagi dalam Prebiu Buku @ KLfm edisi khas sepanjang bulan Februari ini, sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan ke-36. Bermula hari ini, Prebiu Buku @ KLfm akan disiarkan selama tiga hari berturut-turut setiap minggu iaitu Isnin, Selasa dan Rabu jam 12.30 tengah hari dan mengetengahkan tiga buah buku terbaharu di pasaran.

TAJUK BUKU : RAIHLAH BAHAGIA
PENULIS :
Siti Marziah Zakaria
PENERBIT :
Karya Bestari
MUKASURAT :
314




Kebahagiaan adalah impian setiap insan, bagaimanapun ramai yang tersilap mentafsir bahagia. Klise yang biasa didengar, kebahagiaan dimiliki apabila mempunyai keluarga yang besar, mempunyai pasangan yang serasi dan tidak kurang juga, ada yang mengatakan kebahagiaan diuukur dengan berapa banyak harta kekayaan yang dikumpul.

Menerusi buku pertama yang diketengahkan minggu ini, merupakan buah tangan terbaharu terbitan Siti Marziah Zakaria terbitan Karya Bestari bertajuk Raihlah Bahagia. Buku ini bakal membawa anda berfikir dan mengenali tafsiran kebahagiaan sebenar. Perlukah syarat tertentu untuk bahagia dan bagaimana pula jika kebahagiaan dinanti tidak pernah kunjung tiba. Ketahui juga sifat-sifat yang mampu memghalang bahagia, amalan untuk mendapatkan ketenangan jiwa bagaimana untuk menjadi pasangan yang membahagiakan. Segalanya tentang bahagia dalam buku Raihlah Bahagia tulisan Siti Marziah Zakaria terbitan Karya Bestari.


TAJUK BUKU : TIP MERANCANG MAJLIS PERKAHWINAN
(Kompilasi dari majalah Mingguan Wanita & Pesona Pengantin)
TERBITAN :
Buku Prima
MUKASURAT :
192
Align Center


Buku kedua ini seharusnya dimiliki bakal pengantin. Bertajuk Tip Merancang Perkahwinan Mudah, Meriah dan Jimat terbitan Buku Prima ini merupakan kompilasi dari majalah Mingguan Wanita dan Pesona Pengantin. Bagi bakal raja sehari yang masih berkira-kira untuk membuat persediaan menjelang perkahwinan, buku ini lengkap dengan dengan pelbagai tips dari A hingga Z, termasuklah persediaan awal, merangka bajet perkahwinan, gaya dan fesyen, deko pelamin sehinggalah idea destinasi bulan madu.

Tidak ketinggalan elemen 1 Malaysia, mengenali budaya dan adat resam perkahwinan pelbagai budaya di Malaysia. Buku Tips Merancang Perkahwinan - Mudah, Meriah dan Jimat ini pasti banyak membantu anda.


TAJUK BUKU : RAHSIA BISNES GOOGLE
PENULIS :
N.K. Susrini
TEBITAN :
PTS Profesional
MUKASURAT :
184




Buku terakhir hari ini mengenai enjin carian terbesar di dunia, Google. Ramai di antara kita sedia maklum mengenai google untuk mencari maklumat terutamanya, namun tidak mengetahui siapa dan apa disebaliknya.

Ketahui pelbagai maklumat dan rahsia mengenai enjin carian yang mula diperkenalkan pada tahun 1996 menerusi buku Rahsia Bisnes Google tulisan NK Susrini dan terjemahan oleh Muhammad Firdaus Ariff terbitan PTS Profesional. Ketahui segalanya mengenai Google menerusi buku ini.

Bagi anda yang ingin mendapatkan ketiga-tiga buku ini, sertai sekarang menerusi lama blog prebiubukuklfm.blogspot.com dan masukkan kata laluan. SERTAI SEKARANG (KLIK). Pemenang bertuah akan dihubungi oleh penerbit.

Jangan lupa nantikan esok untuk edisi kedua prebiu buku minggu ini. Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku!

** Dengarkan Prebiu Buku @ KLfm setiap Isnin hingga Rabu bermula 1 Februari ini untuk mendapatkan kata laluan harian untuk menyertai Kuiz Prebiu Buku.


No comments:

Post a Comment