Wednesday, April 4, 2012

Zon Ulat Buku 24 April 2012

Tajuk Buku : TRAVEL PHOTOGRAPHY
Penerbit : PTS Netmedia

Salam 1 Malaysia. Buku pertama yang diketengahkan menerusi Zon Ulat Buku Klfm minggu ini pasti mengujakan peminat-peminat bidang fotografi. Bukan sekadar melampiaskan penat dengan bercuti, namun setiap inci kenangan diabadikan menerusi foto. TRAVEL PHOTOGRAPHY terbitan PTS Net Media tampil kompak dengan pelbagai info berguna. Bermula daripada persiapan perjalanan, penyediaan peralatan, sehinggalah menghasilkan karya fotografi yang mengagumkan.

Ketahui 14 tip foto perjalanan, suntingan foto serta tutorial mengolah gambar yang lengkap menerusi buku ini, TRAVEL PHOTOGRAPHY terbitan PTS Net Media.

Tajuk Buku : SUPER NUR
Penulis : Elin Nadia
Penerbit : Alaf21 - Grup Buku Karangkraf

Buku kedua, komik terbaharu terbitan Buku Prima- Grup Buku Karangkraf edisi sulung oleh Haris Norman Harizan. Mengisahkan penciptaan adiwira oleh sebuah organisasi rahsia yang memiliki teknologi mendahului zaman. Melalui pelbagai kaedah sains kejuruteraan elektronik, mesin dan biologi, mereka mencipta pelbagai bentuk ‘kuasa’ yang menggabungkan manusia biasa untuk menghasilkan manusia luar biasa. Semua itu berada di luar pengetahuan Azra Nazirah yang hanya bekerja sambilan di situ sementara menunggu keputusan SPMnya.

Walau apa pun agenda sebenar organisasi misteri itu, mereka tidak pernah merancang untuk mencipta Super-Nur. Apakah kisah sebenar di sebaliknya? Ketahu menerusi komik Super Nur terbitan Buku Prima- Grup Buku Karangkraf oleh Haris Norman Harizan.

Telefon 03-2282 5445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."

- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 24 April 2012 jam 12.30tgh.

No comments:

Post a Comment