Penulis : Elin Nadia
Penerbit : Alaf21 - Grup Buku Karangkraf

Salam 1 Malaysia. Zon Ulat Buku kembali untuk kaki buku. Dua buah buku menarik diketengahkan lagi minggu ini. Buku pertama, sebuah novel karya Elin Nadia, MEMANG ITU CINTA terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.
Mengisahkan Rania yang tidak dapat melupakan cintanya terhadap lelaki pertama yang dicintainya, Haris. Dia sesekali tidak dapat menerima ketentuan ekdua ibu-bapanya yang menerima lamaran sahabat baiknya sendiri, Irfan. Kerana memberontak, pelbagai cara dilakukan untuk mendera jiwa suaminya. Berbaloikah kesabaran Irfan menanti terbukanya pintu hati Rania buatnya?
Ketahui kesudahannya menerusi novel MEMANG ITU CINTA karya Elin Nadia terbitan Alaf 21- Grup Buku Karangkraf.

Tajuk Buku : DAHSYATNYA PENYAKIT
Penulis : Ustaz Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz
Penerbit : Inteam Publishing
Manusia sering diuji dengan pelbagai bentuk ujian sama ada dalam perkara yang disenangi dan disukainya, mahupun dalam hal yang dibenci atau tidak disukainya. Cubaan dan ujian ini ada yang berupa syahwat, kemiskinan, penyakit, ketakutan, kekurangan dalam harta, jiwa dan buah-buahan, begitu juga harta yang melimpah, ramai anak, sihat, senang dan gembira.Buku kedua, DAHSYATNYA PENYAKIT oleh Ustaz Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz terbitan Inteam Publishing banyak mengupas tentang sakit dan sabar, sebab-sebab mengapa kita bersabar dengan ujian yang diberi, peringatan dari Allah agar tidak berputus asa serta penawar bagi kesakitan dan ujian yang sedang dihadapi. Selain berubat secara moden, perubatan alternatif iaitu menggunakan ayat-ayat al-Quran juga sangat digalakkan. Antaranya dengan bacaan al-Fatihah, rangkaian bacaan rqyah, istighfar dan doa-doa khusus yang diajarkan oleh Rasulullah dan para ulama muktabar.
Semuanya menerusi buku DAHSYATNYA PENYAKIT oleh Ustaz Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz terbitan Inteam Publishing.
Telefon 03-2282 5445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.
"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 17 April 2012 jam 12.30tgh.
No comments:
Post a Comment