Monday, January 3, 2011

Prebiu Buku 3 Januari 2011

Tajuk Buku : HANYA KAU KUSAYANGI
Penulis : Cahaya Izzati
Terbitan : Buku Prima - Grup Buku Karangkraf

Selamat Tahun Baharu 2011. Dan pastinya edisi tahun baru, Prebiu Buku KLfm kini ke udara setiap Selasa, jam 12.30 tengah hari. Dua buah buku baharu ditampilkan hari ini.

Buku pertama, HANYA KAU KUSAYANGI oleh Cahaya Izzati terbitan Buku Prima - Grup Buku Karangkraf. Mengisahkan Anis Madiha, seorang ibu tunggal berusia 24 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki, Aiman yang berusia 6 tahun. Aiman adalah segala-galanya buat Anis. Kehadiran Tengku Aidil Ezzary memberi harapan buat Aiman yang mengharap kasih sayang seorang bergelar ayah. Namun sejauh manakah kasih Tengku Aidil mengikat hati Anis untuk menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya? Ikuti kesudahannya menerusi buku HANYA KAU KUSAYANGI oleh Cahaya Izzati terbitan Buku Prima - Grup Buku Karangkraf.


Tajuk Buku : MENDIDIK ANAK PEREMPUAN
Penulis : Abdul Mun'im Ibrahim
Terbitan : PTS Millenia

Buku kedua minggu ini, MENDIDIK ANAK PEREMPUAN oleh Abdul Mun'im Ibrahim oleh PTS Millenia. Cabaran mendidik anak dalam dunia siber lebih mencabar. Dengan pelbagai teknologi yang memungkinkan pelbagai anasir muncul dalam kehidupan anak-anak, peranan ibu bapa kini semakin besar.

Buku ini mengetengahkan ilmu-ilmu penting berkenaan pendidikan anak secara menyeluruh. Ia bagi memastikan ibu bapa pada hari ini bersedia memberikan didikan rohani dan sahsiah diri kepada anak perempuan sejak lahir,sehingga mereka berumah tangga kelak.

Antara yang menarik dalam buku ini, mendidik anak cara islam, bersikap adil kepada anak, mendidik anak sejak saat kelahiran, kaedah ganjaran dan hukuman, menerangkan perkara-perkara yang terlarang serta perkara penting mendidik anak perempuan.

Jangan ketinggalan untuk mengetahuinya menerusi buku MENDIDIK ANAK PEREMPUAN oleh Abdul Mun'im Ibrahim oleh PTS Millenia

Untuk memenangi buku-buku ini:


Telefon 03-2282 5445. Jadi pemanggil pertama dan kedua selepas Prebiu Buku @ KLfm Isnin jam 12.30 tengah hari dan berikan kata laluannya...


"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"


Prebiu Buku @ KLfm diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia

*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Selasa 3 Januari 2011 jam 12.30 tengah hari

No comments:

Post a Comment