Friday, December 24, 2010

Prebiu Buku 28 Disember

Tajuk Buku : GILA GILA PSP
Penulis : Maslina Ngadiman
Terbitan : PTS Litera

Salam 1Malaysia. Kembali bersua dalam Prebiu Buku hari ini. Buku pertama, GILA-GILA PSP oleh Maslina Ngadiman terbitan PTS Litera. Mengisahkan Fendy, remaja yang gigih demi mencapai impiannya untuk membeli sebuah PSP. Bagaimanapun, wang tabungannya masih belum mencukupi sehinggakan dia sanggup untuk menjadi pengasuh sambilan. Mampukah fendy agaknya? Menjaga adiknya yang seorang pun ia malas apatah lagi menjaga adik orang lain.

Demi sebuah PSP, segalanya mungkin. ikuti kesudahan kisah Fendy yang penuh cabaran demi sebuah impian menerusi buku GILA-GILA PSP, oleh Maslina Ngadiman terbitanPTS Litera. Mampukah ia menjadi kenyataan?

Tajuk Buku : BICARALAH ATAS NAMA KASIH
Penulis : Noraslina Jusin& Zaharuddin Abd Rahman
Terbitan : Karya Bestari - Grup Buku Karangkraf

Buku kedua minggu ini bertajuk BICARALAH ATAS NAMA KASIH oleh Noraslina Jusin & Zaharuddin Abd Rahman terbitan Karya Bestari - Grup Buku Karangkraf. Diam tak diam, beberapa hari sahaja lagi kita bakal bertemu dengan tahun baharu 2011. Sejauh mana agaknya kebahagiaan yang diharapkan sepanjang tahun ini terlaksana? Buku kedua ini bakal mengetengahkan mengenai kebahagiaan. Setiap insan pasti mengimpikannya, namun sejauh mana kemampuan dan sekuat mana pelaksanaan dan usaha ke arahnya.

Sekiranya anda antara mereka yang masih lagi mencari erti sebuah kebahagiaan, buka ini mampu membuka ruang minda dan jiwa anda untuk merasai dan mengecapinya. Lebih menarik, inilah kisah benar rutin harian penulis dalam menelusuri bahtera perkahwinan dan kekeluargaan, selain perhubungan sesama insan lain. Selongkar pelbagai kisah kebahagiaan menerusi BICARALAH ATAS NAMA KASIH oleh Noraslina Jusin dan Zaharuddin Abd Rahman ini, terbitan Karya Bestari - Grup Buku Karangkraf.

Untuk memenangi buku-buku ini:

Telefon 03-2282 5445. Jadi pemanggil pertama dan kedua selepas Prebiu Buku @ KLfm Isnin jam 12.30 tengah hari dan berikan kata laluannya...


"AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU"


Prebiu Buku @ KLfm diterbitkan oleh Juliyana Hussain / Dj Julia

*Untuk mendapatkan kata laluan, dengarkan di Prebiu Buku @ KLfm Selasa 28 Disember 2010 jam 12.30 tengah hari

No comments:

Post a Comment