Tajuk Buku : MULANYA DI SINI
Penulis : Jasmawani Jisu
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 524
Penulis : Jasmawani Jisu
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 524

Buku pertama minggu ini dalam Prebiu Buku KLfm merupakan novel karya terbaharu Jasmawani Jisu bertajuk Mulanya Di Sini terbitan Buku Prima. Dania Farhana seorang gadis cantik. Berhijrah ke kota dan menjadi seorang setiausaha di Kiara Holding. Penampilan menarik dengan sikap bertanggungjawab serta pengasih telah manambat hati majikannya. Datuk Razlan sedaya upaya menangkis perasaannya terhadap gadis itu kerana dia sedar Dania tunangan orang.
Namun segalanya menjadi bertambah rumit apabila gadis itu dipertemukan dengan anak tunggalnya. Pandangan pertama telah mengubah hidup Zamani. Dari saat itu dia sentiasa mencuba meraih cinta Dania. Keghairahan Zamani dalam mengejar cinta telah membuatkan gadis itu teraniaya.
Di sini bermulalah episod kehidupan dalam diari Diana. Apakah masih ada kasih untuknya? Datuk Razlan... Rosham... dan Zamani. Di manakah letak kasihnya? Benarkah ada kasih seteguh batu karang yang dihempas ombak? Ketahui kesudahan kisah mereka menerusi novel Mulanya Di Sini karya Jasmawani Jisu terbitan Buku Prima.
Tajuk Buku : TRIVIA
Penulis : Zulkifli Ismail
Terbitan : Malindo Publication
Muka Surat : 256

Buku kedua minggu ini tidak kurang hebatnya. Tahukah anda, jika anda menepuk kucing sebanyak 70 juta kali, anda akan dapat menghasilkan elektrik statik yang cukup untuk menyalakan lampu 60 watt selama seminit. Itu adalah satu antara ratusan info yang terdapat dalam buku Trivia oleh Zulkifli Ismail, yang juga merupakan seorang pelakon terbitan Malindo Publication. Trivia menghimpunkan pelbagai fakta menarik dalam dan luar negara yang mungkin anda belum pernah tahu. Bukan sekadar bahan bacaan, Trivia mampu membuka minda dan menambahkan pengetahuan anda.
Untuk memenangi kedua-dua buku ini,
taip KLfm jarak BUKU jarak KATA LALUAN, NAMA PENUH DAN NO TELEFON hantar ke 32728
taip KLfm jarak BUKU jarak KATA LALUAN, NAMA PENUH DAN NO TELEFON hantar ke 32728
*uNTuk mendapatkan kata laluan, dengarkan KLfm Isnin 17 Mei 2010 jam 12.30 tengah hari
No comments:
Post a Comment