Prebiu buku minggu ini cukup istimewa untuk anda yang suka memasak, mencuba resepi baharu ataupun untuk anda yang sedang mencari idea menambat hati ibu mertua. Empat buah buku kompilasi masakan SELATAN, UTARA, BORNEO, NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA terbitan Buku Prima.
Tajuk Buku : KOMPILASI RESEPI SELATAN
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 64
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 64
Buku pertama, kompilasi resepi Selatan membawakan 29 resepi Johor dan Singapura. Sebut sahaja negeri Johor, pastinya tidak lari daripada masakan jawa. Antara menu menarik pastinya ayam masak cekur, urap pucuk ubi, otak-otak gelang patah, sup tulang singapura dan mi rebus Johor. Memangtak rugi mencuba resepi dari negeri selatan tanahair ini.

Tajuk Buku : KOMPILASI RESIPI NOGORI DAN MELAKA
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 64
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 64
Negeri Sembilan cukup sinonim dengan masakan pedas berasaskan cili padi, gulai lemak dan masakan salainya. Manakala Melaka pula cukup popular dengan asam pedas. Sebut sahaja menu ini pasti sudah terbayangkan aroma bunga kantan dan daun kesum yang pasti menambat selera. Menerusi buku kedua, Kompilasi Resepi Nogori dan Melaka menghimpunkan 30 resepi dari kedua-dua negeri ini. Antara menu menarik yang anda boleh cuba termasuklah Asam Pedas Senangin Ala Nyonya, Gulai Lomak Perut Lembu dan Rebung, Sambal Gesek dan Ikan Sembilang Belimbing Buluh dan Peria Katak.
Tajuk Buku : KOMPILASI RESEPI UTARA
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 64
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 64
Buku ketiga minggu ini merupakan Kompilasi Resepi Utara terbitan Buku Prima. Gulai Batang Pisang, Gulai Buah Munggai dan Laksa Siam antara makanan tradisional utara yang pasti menambat selera. Antara resepi menarik dari utara yang anda boleh cuba termasuklah Gulai Batang Pisang, Kerabu Tauge, Sambal Ketupat Udang dan Ikan Kering, Masak Lemak Ikan Pekasam dan Pasembor Utara.

Tajuk Buku : KOMPILASI RESEPI BORNEO
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 64
Terbitan : Buku Prima
Muka Surat : 64
Resipi-resipi dari kepulauan Borneo tidak pernah dilupakan. 29 resepi dari Sabah dan Sarawak tersedia untuk dicuba menerusi buku keempat minggu ini, Kompilasi Resipi Borneo terbitan Buku Prima. Antara menu menarik yang harus dicuba termasuklah Mi Kolok, Pucuk Midin Belacan, Umai Udang dan Manok Cili Kering Sarawak.
Untuk memenangi keempat-empat buku ini, taip KLfm jarak BUKU jarak KATA LALUAN, NAMA PENUH DAN NO TELEFON hantar ke 32728
Untuk memenangi keempat-empat buku ini, taip KLfm jarak BUKU jarak KATA LALUAN, NAMA PENUH DAN NO TELEFON hantar ke 32728
No comments:
Post a Comment