Monday, January 18, 2010

PREBIU BUKU 25 JANUARI 2010

TAJUK BUKU : BIARKAN IA PERGI
PENULIS : Liza Nur
PENERBIT : Buku Prima
MUKASURAT : 588



Kembali dalam prebiu buku minggu ini. Pastinya, dua buah buku terbaharu di pasaran disajikan untuk anda. Buku pertama, merupakan sebuah novel yang mampu membuatkan airmata anda berderai. Novel bertajuk Biarkan Ia Pergi, karya terbaharu Liza Nur terbitan Buku Prima.

Dia pernah memiliki segalanya, kasih sayang keluarga, harapan, masa depan dan kebahagiaan.. namun segalanya terkubur kini jauh di dalam perut bumi. Alissa Othman antara gadis yang pernah bertuah dicintai Izani, lelaki yang juga sangat dicintai Fara Zaliqa Adisyah. Namun dendam Zaquan pada Elina Maisara yang mempermainkan cinta abangnya, Aidil Aqasya membawa malapetaka yang tak diduga kepada Alissa yang tidak bersalah.

Hidupnya disisih keluarga.. segalanya harus bermula semula, namun dia tidak mengenal erti putus asa meskipun hidupnya beronar derita. Ketahui kesudahan kisah tragis Alissa menerusi novel Biarkan Ia Pergi, karya Liza Nur terbitan Buku Prima.


TAJUK BUKU : 101 IDEA BISNES HOME BASED
PENULIS : Junaidah Hamdan
PENERBIT : PTS Profesional
MUKASURAT : 310



Buku kedua minggu ini cukup menarik bagi mereka yang baru bercadang untuk mendapat pendapatan menerusi perniagaan dari rumah. Buku 101 Idea Bisnes Home - Based, oleh Junaidah Hamdan terbitan PTS Profesional ini mengungkap sebanyak 101 idea untuk memulakan perniagaan dari rumah. Buku ini cukup lengkap dengan segalan info termasuklah langkah memulakan perniagaan, taktik meletakkan harga, strategi pemasaran dan pengiklanan, latihan dan kemahiran yang diperlukan serta tips kejayaan. Bagi anda yang masih lagi berfikir jenis perniagaan apa yang anda boleh jalankan buku ini pasti memberi inspirasi untuk anda. Buku tulisan usahawan yang telah melibatkan diri selama 10 tahun dalam bisnes dari rumah ini pastinya mampu membantu anda menjana pendapatan.

Bagi anda yang ingin mendapatkan kedua-dua buku ini, sertai sekarang menerusi lamab blog Prebiu Buku di prebiubukuklfm.blogspot.com dan masukkan kata laluan. SERTAI SEKARANG (Klik). Pemenang bertuah akan dihubungi oleh Penerbit.

Jangan lupa nantikan Edisi Khas Prebiu Buku @ KLfm sepanjang Feruari nanti. Prebiu Buku@KLfm akan ke udara tiga hari seminggu iaitu setiap Isnin hingga Rabu dan menangi tiga buah buku terbaharu daripada tiga penerbitan ternama. AMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU!!!

*** Dengarkan Prebiu Buku @ KLfm setiap Isnin jam 12.30 tengah hari untuk mendapatkan kata laluan bagi menyertai Kuiz Prebiu Buku.




1 comment:

  1. bagus buku ini..tak larat nak pilih yang mana satu boleh buat..hehehe..me kasih..
    www.norhaizanm.blogspot.com

    ReplyDelete