Sepanjang Mac ni, Prebiu Buku@KLfm mengetengahkan tiga buku baharu khusus untuk pendengar setia saban Isnin, jam 12.30 tengahari. Buku-buku tersebut ialah:
100 Soal Jawab Psikologi Anak (Buku Prima)
Buku yang merupakan Kompilasi soal jawab Psikologi Anak dari majalah Pa&Ma terbitan Buku Prima cukup menarik khususnya bagi mereka yang baru bergelar ibu dan bapa. Antara yang diketengahkan termasuklah tips bagaimana untuk menangani anak yang nakal, memahami masalah anak dan pelbagai lagi konflik dan cara menangani dengan lembut tetapi berkesan.
Buku ini turut memberikan info berguna disebalik perlakuan anak-anak yang mungkin memeningkan kepala. Semuanya dalam buku 100 Soal Jawab Psikologi terbitan Buku Prima.
Buku ini turut memberikan info berguna disebalik perlakuan anak-anak yang mungkin memeningkan kepala. Semuanya dalam buku 100 Soal Jawab Psikologi terbitan Buku Prima.
Novel Selagi Ada Dia karya Aisya Sofea (Alaf 21)
Pertemuan tanpa dirancang antara Ariani dan Idris Sulaiman telah membuatkan bibit cinta antara mereka. Janji terus bersama walau apapun berlaku dan hanya Ariani permaisuri di hati. Kala kasih mula bersulam indah, kebenaran yang selama ini terselindung terbongkar jua lalu memisahkan kasih keduanya. Idris adalah cinta pertamanya namun dialah juga yang merobek segalanya. Di dalam hati, Ariani bertekad melupakan segalanya hingga terkatup rapat buat semua insan bergelar lelaki. Baginya cinta kedua tidak membawa sebarang makna..
Selama manakah kesakitan harus ditanggung sendiri? rasai getarannya dalam Selagi Ada Dia karya Aisya Sofea terbitan Alaf 21.
Selama manakah kesakitan harus ditanggung sendiri? rasai getarannya dalam Selagi Ada Dia karya Aisya Sofea terbitan Alaf 21.
Set Xklusif Doa Ajaran Ilahi, Rasul dan Sahabat (PTS Islamika)
Edisi khas doa-doa dari Al'Quran ini cukup istimewa. Memuatkan tiga buah buku berbeza termasuklah doa ajaran Ilahi, doa ajaran Rasul dan doa ajaran Sahabat Rasulullah. Setiap doa diberikan penjelasan singkat dan padat. kemasannya dibuat cukup menarik. Setiap doa turut dimuatkan penjelasan sebab turunnya ayat, faedah dan keutamaan.
Buku Panduan Doa Harian yang cukup komprehensif dan mudah dibawa, set eksklusif ini juga turut memuatkan cd audio 25 himpunan doa terpilih secara percuma, bacaan oleh Mohd Hazwan Ibrahim.
No comments:
Post a Comment