Tuesday, January 20, 2009

SELAMAT DATANG KE BLOG PREBIU BUKU @ KLFM

BERITA BAIK bagi ulat buku! Prebiu Buku @ KLfm mula ke udara di KLfm pada 12 Januari 2009 lalu. Kalau sebelum ini KLfm turut menggalakkan minat membaca sempena Bulan Membaca, kini setiap hari adalah untuk membaca. Dengan tagline Sehari Sebuah Buku, Prebiu KLfm ke udara setiap Isnin jam 12.30 dengan mengetengahkan dua buah buku baharu setiap minggu dari pelbagai pengeleluar buku seperti Alaf 21, Buku Prima dan PTS Publication. Lebih menarik, anda berpeluang menjadi dua pemenang setiap minggu untuk membawa pulang buku-buku yang diketengahkan setiap minggu hanya dengan menghantar SMS dan kata laluan selepas kapsul Prebiu Buku ke udara. Syok kan?
Dalam blog ini, anda boleh melihat sendiri wajah kulit buku yang terpilih serta sinopsis menarik. Anda juga boleh memnberikan komen terhadap buku-buku tersebut. Dapatkan juga tips-tips menarik dari buku motivasi dan ilmiah menarik yang akan Julia kongsi dengan anda nanti.
Bagi pencinta novel, karya-karya hebat dari penulis baru dan tersohor negara bakal dikongsikan dalam blog ini. Juga nantikan sesuatu istimewa bakal menemui anda Februari ini sempena Karnival Hari Wilayah 2009.
Prebiu Buku @ KLfm : Sehari Sebuah Buku.
ps: Terima kasih Kak Wan (Alaf21), Kak Sharah (Buku Prima) dan Kak Nor (PTS Publication)

No comments:

Post a Comment