Monday, April 27, 2009

PREBIU BUKU 20 APRIL 2009


Novel Warkah Cinta Berbau Syurga oleh Ubaidullah Alias (PTS Millenia)

Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya tercetus pelbagai konflik dan salah faham dengan teman serumah sehingga menjejaskan kesihatannya. Mampukah Amir membuat keputusan keluar dari kemelut ini?

Telusuri Warkah Cinta Berbau Syurga oleh A. Ubaidullah Alias terbitan PTS Millenia.


1001 Misteri Alam (Buku Prima)

Buku ini bakal menyingkap 1001 khasiat sumber alam semulajadi-kompilasi Misteri Alam majalah terbitan Buku Prima. Kenali tumbuh-tumhan disekeliling anda seperti senduduk, pucuk putat, pegaga, lidah buaya dan sebagainya dan ketahui khasiat yang tidak diketahui sebelum ini.

Tahukah anda, tumbuhan mahkota dewa atau nama saintifiknya Phaleria Papuana contohnya boleh ditemui dihalaman rumah sebagai tanaman peneduh yang dikatakan mampu menyembuhkan alahan, menghilangkan gatal dan anti kanser? Selain itu, ia mampu mengubati jerawat, mahupun luka akibat gigitan serangga. Juga kenali pokok bunga butang yang berkhasiat mmerawat asma, batuk, sakit kepala, melawaskan pembuangan air kecil dan sebagainya.

2 comments:

  1. Salam.

    Kami di PTS ucap terima kasih atas bantuan KL FM

    KL FM, penuh interaktif dan meminda pendengar.

    ReplyDelete