Monday, April 13, 2009

PREBIU BUKU 13 APRIL



BUKU MOTIVASI - SENDIRI MAU INGAT OLEH DR HM TUAH ISKANDAR AL HAJ (ALAF21)



Kata Dr HM Tuah dalam bukunya, kejayaan sebenar dilihat pada penghujungnya sebab awalan hanyalah langkah membina kejayaan. Jika tidak berjaya, janganlah ebrkecil hati. Buat yang terbaik, jadi orang mulia dan beragama itu juga berjaya namanya..

Juga, kita kenalah sentiasa rasa bagus supaya tindakan kita jadi bagus. Kita kena sentiasa rasa hebat sekali supaya matlamat kita sentiasa hebat.

Bina motivasi diri untuk menjadi yang terbaik mahupun lebih baik berbanding semalam menerusi buku Sendiri Mau Ingat oleh pakar motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar Al Haj terbitan Alaf 21.


NOVEL CURAHAN CINTA NIAGARA KARYA MAYA IRIS (PTS MILLENIA)



Perkenalan Mira dan Faris berlaku ketika sama-sama menuntut di luar negara. Tidak mahu membebankan diri dengan cinta dan hanya ingin menumpukan perhatian terhadap pelajaran, Mira sudah beberapa kali menolak ciinta Faris. Meskipun tidak berbalas, Faris tidak pernah mengalah..

Peristiwa hitam yang berlaku mengikat Faris dan Mira sebagai suami isteri sebelum Faris meninggal dunia kerana HIV. Wasiat yang ditinggalkan, faris meminta Mira mengahwini abangnya, Farhan.

Dugaan demi dugaan terpaksa ditempuh namun Mira terus cekal apatah lagi dituduh berzina oleh bakal suaminya sendiri? Kuatkah hati seorang wanita bernama Mira mendepani segalanya? Cinta telah lama berputik hanya kini semuanya mekar mengharum.. Ikuti novel romantis Curahan Cinta Niagara karya Maya Iris terbitan PTS Millenia..

No comments:

Post a Comment