Penulis : Dr Ahmad H. Sakr
Penerbit : Inteam Publishing

Syaitan- musuh yang nyata bagi manusia. Antara yang menarik diketengahkan dalam buku ini termasuklah Terminologi Ifrit, Jinn, Iblis, Kahin dan Syaitan, Ciri Umum Syaitan, Janji-Janji Syaitan, Jin dan Sihir, Berlindung daripada Syaitan, Mengusir Syaitan dan sebagainya.
Ketahui selebihnya menerusi BIOGRAFI SYAITAN tulisan dr Ahmad terbitan Inteam Publishing.
Tajuk Buku : CINTA PERISA DIA
Penulis : Lynn Dayana
Penerbit : Alaf21 - Grup Buku Karangkraf

Buku kedua, sebuah novel cinta terbaharu karya Lynn Dayana, CINTA PERISA DIA terbitan Alaf 21- Grup Buku Karangkraf. Cinta itu mana boleh dipaksa. Ditolak, pasti jatuh. Dibuang, pasti sakit. Bagi Hadif Imran, cinta boleh ditangguh sehingga satu detik yang pasti. Dia sudah dewasa, biar dia yang menentukannya. Perisa vanila, coklat atau strawberi, itu haknya.
Bagi bonda, dia mahu menantu. Bonda impikan cinta berperisa iman, bersalut taqwa dan dihiasi kasih sayang untuk anaknya. Hadif jadi risau bila bonda sudah naik angin! Bagaimana kalau yang dipilih bonda berwajah ratu, berlesung pipit, tetapi sengau? Atau pandai mengaji, mahir memasak, tetapi rongak giginya? Hadif buntu, bonda naik hantu! Cinta berperisa apa agaknya di akhir cerita?
Rancangan Mencari Menantu bonda buat Hadif resah dan kecut perut melihat calon menantu bonda. Ada yang terlebih manja, ada yang garang menggoda dan ada yang bahaya untuk dimiliki! Ketar di kaki dilindungi dengan senyuman. Bonda merencana, Hadif susun strategi. Namun kalau sudah cinta... jodoh datang juga tanpa dipaksa.
Ketahui kesudahan pencarian ratu di hati Hadif menerusi novel CINTA PERISA DIA oleh Lynn Dayana terbitan Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf.

Telefon 03-2282 5445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.
"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus.."
- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 3 April 2012 jam 12.30tgh.
No comments:
Post a Comment