Sunday, November 13, 2011

Zon Ulat Buku 14 November 2011

TAJUK BUKU : KETUK-KETUK SHEILA RUSLY 2011
PENULIS : Sheila Rusly
PENERBIT : Buku Prima

Salam 1 Malaysia. Kembali bersua dalam Zon Ulat Buku KLfm edisi 15 November 2011. Dua buah buku baharu ketengahkan lagi minggu ini. Buku pertama, khusus untuk anda yang suka memasak. KETUK-KETUK SHEILA 2011 terbitan Buku Prima, mengetengahkan 60 resipi hebat, termasuklah resipi selebriti yang anda harus cuba. Antara menu menarik termasuklah Ikan Masak Citrus Pudina, Ayam Rose Tok Kek, Stew Ayam, Spageti Kala Jengking dan banyak lagi.

Tampil berwarna-warni dengan imej selebriti yang menyajikan juadah istimewa, pelajari selebihnya menerusi Ketuk-Ketuk Sheila Rusly 2011, terbitan Buku Prima.


TAJUK BUKU : FIKAH PERUBATAN
PENULIS : Dr Harmy Mohd Yusoff, Ustaz Shamsul Kamal Abdullah, Dr Rosediani Muhamad dan Wan Nor Ainon Wan Abdulah
PENERBIT : PTS Millenia

Buku kedua, FIKAH PERUBATAN tulisan Dr Harmy Mohd Yusoff, Ustaz Syamsul Kamal Abdullah, Dr. Rosediani Muhamad, Wan Nor Ainon Wan Abdullah terbitan PTS Millenia. Setiap penyakit ada ubatnya. Buku ini menyentuh segenap aspek perubatan dan Islam. Bukan sahaja melihat pada hukum-hukumnya, malahan teras akidah dalam perubatan dan aturannya. Ketahui mengenai sejarah perubatan Islam, asas fikah perubatan, pelaksanaan ibadah ketika sakit, dan sebagainya.

Buku yang banyak memberikan dimensi positif menghadapi penyakit tanpa meninggalkan tuntutan agama. Ketahui selebihnya menerusi buku FIKAH PERUBATAN tulisan Dr Harmy Mohd Yusoff, Ustaz Syamsul Kamal Abdullah, Dr Rosediani Muhamad dan Wan Nor Ainon Wan Abdullah terbitan PTS Millenia.

Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi kedua-dua buah buku yang diketengahkan minggu ini.

"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus"

- Zon Ulat Buku disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 15 November 2011 jam 12.30tgh.

No comments:

Post a Comment