PENULIS: Syahrul Nizam Junaini
PENERBIT: PTS Islamika

Salam 1 Malaysia dan selamat berpuasa. Kembali bersua menerusi Prebiu Buku @ KLfm. Sepanjang ramadan, Prebiu Buku bakal menampilkan edisi istimewa dengan tiga buah buku setiap minggu.
Buku pertama, TRAVELOG RAMADAN AL-MUBARAK oleh Syahrul Nizam Junaini terbitan PTS Islamika. Ramadan, bulan penuh rahmat, keberkatan dan pahala berganda. Kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi. Buku ini menyingkap tabir hamba dan pencipta.
Para ulama menyifatkan Ramadan sebagai sebuah universiti atau madrasah, di mana tempoh sebulan berpuasa adalah proses bagi pembelajaran atau muhasabah selain latihan kepada umat Islam, agar nanti apabila Ramadan, keimanan terus menebal bagaikan sentiasa berada dalam bulan Ramadan.
Topik-topik menarik dibincangkan antaranya Istighfar ikan, Puasa Facebook, Jutawan Ramadan, Stesen Jana Kuasa di Dalam Kubur dan banyak lagi yang pastinya membuka ruang minda dan jiwa untuk terus menghayati keindahan ramadan. Ketahui selebihnya menerusi buku TRAVELOG RAMADAN AL-MUBARAK oleh Syahrul Nizam Junaini terbitan PTS Islamika.

JUDUL: NABI KHIDIR - DI SEBALIK TABIR LADUNI
PENULIS: Harun Arrasyid Haji Tuskan
PENERBIT: Telaga Biru

Buku kedua, NABI KHIDIR - DI SEBALIK TABIR LADUNI oleh Harun Arrasyid Haji Tuskan terbitan Telaga Biru.
Kisah Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s. diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Kahfi , ayat 60-82. Dalam surah al-Kahfi terdapat kisah pertemuan dan pengembaraan antara kedua-dua nabi Allah ini. Ironinya, kisah pertemuan kedua-duanya di pertemuan antara Teluk Suez dengan Teluk Akabah di Laut Merah. ini telah dieksploitasi oleh sesetengah golongan yang mendakwa berfahaman sufi. Dia dinamakan Khidir kerana dimana-mana pun dia melaksanakan solat, maka sekitarnya akan menjadi hijau.
Maka menjelmalah pelbagai versi cerita tentang dakwaan-dakwaan pertemuan orang tertentu dengan Nabi Khidir a.s. Antara yang menarik dalam buku ini, keturunan Khidir, Adakah Khidir a.s Nabi atau Wali? serta ketahui mengenai Ilmu Laduni. Telusuri kisah dan pelajari iktibar daripada sejarah Nabi Khidir selanjutnya menerusi NABI KHIDIR- DI SEBALIK TABIR LADUNI oleh Harun Arrasyid Haji Tuskan terbitan Telaga Biru.

JUDUL: TUHAN.. TERIMALAH AKU
PENULIS: Dato' Haji Md Daud Che' Ngah
PENERBIT: Karya Bestari -Alaf 21

Buku ketiga, khusus buat mereka yang bakal menunaikan haji atau umrah, TUHAN… TERIMALAH AKU oleh Dato' Hj Md Daud Che' Ngah terbitan Karya Bestari - Grup Buku Karangkraf. Merupakan himpunan kisah benar yang dialami oleh jemaah haji atau umrah sewaktu di Tanah Suci, kompilasi kolum Di Bawah Lembayung Kaabah majalah Mingguan Wanita. Matlamat buku ini ialah berkongsi pengalaman agar boleh dijadikan panduan bakal tetamu ALLAH S.W.T. Kisah negatif yang dipaparkan tidak berniat untuk menakut-nakutkan hasrat murni ke Tanah Suci, tapi semata-mata buat iktibar bersama.
Antara kisah menarik, Cabaran Berpuasa 19 jam, Ragam Jemaah Haji Lanjut Usia, Jaja Cerita Di Mekah dan banyak lagi.
Belajarlah daripada pengalaman ornag lain, moga kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Akurlah dengan hakikat… setiap kita tidak lepas daripada melakukan kekhilafan. Moga dengan iman dan ilmu yang tinggi serta sifat yang tawaduk atas dasar takwa dan redha, kita akan mendapat haji mabrur dengan rahmat ILAHI. Ikuti kisah menarik lain menerusi TUHAN… TERIMALAH AKU oleh Dato' Hj Md Daud Che' Ngah terbitan Karya Bestari - Grup Buku Karangkraf.

Telefon 03-22825445 dan jadi pemanggil pertama dan kedua terpantas dan berikan kata laluan untuk anda memenangi ketiga-tiga buah buku yang diketengahkan minggu ini.
"Amalkan budaya membaca, sehari sebuah buku.. lebih lagi bagus"
- Disediakan dan diterbitkan oleh Julia. Dapatkan kata laluan pada 2 Ogos 2011 jam 12.30tgh.
No comments:
Post a Comment