Tajuk Buku :
Serangan JantungPenulis :
Bahrin SamahPenerit : Alaf 21
Muka Surat : 213

Minggu ini Prebiu Buku @ KLfm mengetengahkan dua lagi buku baharu. Kedua-duanya berkaitan kesihatan. Bukan sahaja untuk menambahkan ilmu mengenai penyakit yang paling digeruni dan menjadi pembunuh utama di kebanyakan negara di seluruh dunia, buku bertajuk
Serangan Jantung tulisan Bahrin Samah terbitan Alaf 21, buku ini turut menerangkan pelbagai punca, pencegahan dan kaedah merawat serangan jantung dari perspektif nutrisi holistik.
Buku ini turut membincangkn mengenai kaedah alternatif seperti penggunaan herba selain kaedah mengurangkan faktor risiko. Beringat sebelum kena, buku
Serangan Jantung tulisan Bahrin Samah terbitan Alaf 21 ini pasti berguna untuk anda.
Tajuk Buku :
Kompilasi Resipi DietPenerit : Buku Prima
Muka Surat : 64

Ada yang cukup prihatin mengenai kesihatan namun tidak mengendahkan aspek pemakanan yang sepatutnya dengan nutrien seimbang. Buku Kompilasi Diet terbitan Buku Prima ini memuatkan 62 idea resipi diet khusus untuk anda. Antara yang menarik termasuklah puding karamel panas, salad makaroni, roti prun dan lobak merah dan banyak lagi yang mudah untuk dicuba dan pasti jadi. Semuanya dalam buku
Kompilasi Resipi Diet terbitan Buku Prima.
Sebarang cadangan atau pendapat sila emel ke
buku@kl.fmAMALKAN BUDAYA MEMBACA, SEHARI SEBUAH BUKU
No comments:
Post a Comment