Friday, January 8, 2010

PREBIU BUKU 11 JANUARI 2010

Align CenterNAMA BUKU : KAU TERCIPTA UNTUKKU
PENULIS : Shahariah Abdullah
TERBITAN : Buku Prima



Buku pertama minggu ini merupakan buah tangan kelima Shahariah Abdullah, terbitan Buku Prima bertajuk Kau Tercipta Untukku. Mendengar tajuknya sahaja sudah mampu membuatkan anda teruja, apatah lagi membacanya. Mengisahkan wanita cekal bernama Mira yang berkahwin dengan Azmi. Kerana cinta, dia sanggup bekerja keras siang dan malam untuk menanggung hidup suaminya yang diberhentikan kerja. Umpama menanggung biawak hidup, penderitaan dan cacian menjadi balasan segala pengorbanan yang diberikan. Kasih mereka akhirnya terputus di tengah jalan. Hatinya semakin jauh buat seorang lelaki. Namun kehadiran Engku Adrus cuba merayu cintanya. Mampukah dia menerima Adrus? Ketahui penghujung ceritanya menerusi novel ini, Tercipta Untukku karya Shahariah Abdullah, terbitan Buku Prima.


NAMA BUKU : KEMAHIRAN INTERPERSONAL UNTUK GURU
PENULIS : Abdullah Hassan & Ainon Mohamad
TERBITAN : PTS Profesional



Kemahiran interpersonal untuk guru oleh Abdullah Hassan dan Ainon Ahmad terbitan PTS Profesional merupakan buku kedua minggu ini. Lima perkara pokok yang bakal dirungkaikan menerusi buku ini termasuklah aspek komunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran bertanya, berucap, maklum balas, unsur bahasa, mengubah sikap dan tingkah laku, penampilan serta komunikasi bukan lisan. Antara yang menarik, 9 etika komunikasi berkesan, panduan komunikasi diskriptif serta memahami lebih mendalam komunikasi bukan lisan ketika berhadapan dengan pelajar. Pastinya buku ini bakal memberikan pelbagai input terbaik buat para guru untuk mewujudkan kemahiran interpersonal yang berkesan.

Untuk anda mendapatkan kedua-dua buku ini, sertai sekarang menerusi laman blog prebiu buku. Layari prebiubukuklfm.blogspot.com sekarang dan masukkan kata laluan yang diberikan. Para pemenang akan dihubungi oleh penerbit.

** Dengarkan Prebiu Buku @ KLfm setiap isnin jam 12.30 tengah hari di Radio Malaysia KLfm untuk mendengarkan kata laluan untuk menyertai kuiz ini.

No comments:

Post a Comment