SURAH-SURAH RINDU
Penulis : Saridah Hamid
Terbitan : PTS Millenia
Mengisahkan dilema Nurin Hannah, gadis yang dilimpahi kemewahan kasih sayang dan didikan agama yang cukup daripada kedua ibubapanya. Pun begitu, perbezaan ketara wajah dan warna kulit antara dia dan adik beradik lain sering menjadi tanda tanya.
Benarkah dia memang anak sah keluarga itu atau sekadar anak pungut sebagaimana yang dinyatakan dalam sepucuk surat daripada pengirim yang tidak bernama? Wajarkah dia menyelongkar kebenaran dan melupakan segala kasih sayang ibu bapanya semata-mata kerana surat tersebut, sekiranya benar? Siapakah sebenarnya Nurin Hannah? Ketahui kebenarannya dalam novel Surah-Surah Rindu karya Saridah Hamid ini.
HORIZON CINTA
Penulis : Umi Azrini
Terbitan : Alaf 21

Novel ini mengisahkan kehidupan seorang pelaut sepi, Zariz. Hidup dan rutinnya dikelilingi lautan dan desiran ombak yang mengisi ruang hari. Berbeza dengan Zara, wanita yang peramah dan penuh pesona, namun ada kalanya keramahannya seringkali menyusahkan orang lain..
Takdir menemukan keduanya yang mempunyai personaliti yang jauh berbeza bagai langit dengan bumi. mampukah perbezaan menyatukan hati dan jiwa kedua-duanya yang pernah dilukai? Ikuti kesudahannya dalam Horizon Cinta.

No comments:
Post a Comment